suria

Dituduh ‘overshadow’ adik sendiri, Fasha tiada niat curi perhatian daripada Elisya Sandha

Fasha hadir bukan mahu overshadow adik sebaliknya hendak beri sokongan semata-mata.

TIDAK menyangka kehadirannya dituduh ‘oversahdow’ adik sendiri, pelakon Fasha Sandha tiada niat berbuat demikian ketika hadir ke majlis memperkenalkan Elisya Sandha sebagai duta sebuah produk baru-baru ini.

Kata Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, dia tidak sedar tentang perkara itu dan hadir selepas dijemput sendiri oleh Elisya dan pengasas produk berkenaan.

"Itulah kasihan dia (Elisya). Saya rasa macam biasa sahaja tapi bila orang bercakap fasal perkara itu baru saya tersedar.

size NP 1 (57)

Fasha hanya mahu beri sokongan kepada Elisya di majlis perlantikan adiknya sebagai duta sebuah produk kesihatan.

"Ikutkan tak boleh pergi tapi adik saya dan pengasasnya paksa saya pergi juga. Kena datang juga walaupun sekejap.

"Jadi nak tak nak saya singgah sebentar bagi menghormati permintaan mereka," katanya kepada mStar.

Fasha berkongsi perkara itu ketika dijumpai di Grand Opening Alfaro di Bangi Sentral, Selangor baru-baru ini.

Perkara itu berlaku selepas majlis perasmian dan pengenalan duta bagi produk Gattox yang diadakan di Plaza Vads Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada 17 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun berlakon tapi Elisya Sandha belum puas, impi karakter jahat... Tidak menolak tawaran watak penyondol Sabtu, 24 Februari 2024 8:30 AM

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fasha puji Nora Danish, lembut hati mulakan usaha damai... “Kerana pengalaman itu masing-masing jumpa lelaki tepat”

Rata-rata netizen menyifatkan kehadiran Fasha sudah menenggelamkan Elisya pada hari berkenaan.

Dalam pada itu, Fasha berkata, dia tidak terfikir untuk mencuri 'limelight' Elisya pada majlis itu.

Sebaliknya aktres itu menganggap mungkin dia lebih rapat dan mesra dengan petugas media membuatkan dia mendapat lebih perhatian berbanding adiknya.

size NP 1 (54)

Fasha bersama pengasas produk baju Alfaro.

"Tapi saya tidaklah ada terfikir macam nak curi perhatian orang ke apa.

"Mungkin media lebih kenal dan mesra dengan saya.

"Saya pun datang waktu itu cuma nak beri sokongan sahaja," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain