PELAKON Janna Nick meluahkan rasa sedih apabila hasrat untuk menimang cahaya mata belum kesampaian selepas membuat ujian kehamilan. Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, berkata, sudah pelbagai cara dilakukan untuk hamil namun perlu menerima hakikat rezekinya belum dikurniakan rezeki anak. "Terbangun tidur pukul 4 pagi, jadi saya buat keputusan untuk buat ujian kehamilan. Buat ujian itu masa Dini tidur, jadi dia tak nampak saya tertekan. Janna berkongsi kesedihannya dengan memuat naik video di TikToknya. "Gementar setiap kali nak periksa keputusan berharap dapat dua garis, jadi boleh buat kejutan pad Dini. "Baru nampak keputusan (satu garisan), pelik sebab dah cuba pelbagai cara. Kena paksa diri untuk terima, belum rezeki," katanya. Janna berkongsi perkara itu hantaran video di TikTok miliknya pada petang Rabu sebagai menjawab soalan pengikutnya yang menyangka dia sedang hamil. Dalam pada itu, Janna memberitahu dia juga sanggup berkorban melakukan aktiviti kegemarannya seperti yoga, senaman berat dan sauna bagi memastikan dia dapat hamil. ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick dan Dini Schatzmann sah suami isteri dengan sekali lafaz, nikah di Pulau Langkawi ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan bergelar suami, Dini Schatzmann bongkar perangai sebenar Janna Nick... Rupanya ‘soft spoken’ di rumah Tidak hanya itu, Janna juga sudah mengamalkan pelbagai suplemen sehingga emosinya terganggu disebabkan tertekan masih belum mengandung. "Saya sudah masuk fasa psiko! Jawapan bagi soalan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut tak 'lekat'. "Korban segala aktiviti yang saya suka macam yoga, sauna, senaman betat, kerja berlebihan sebab nak membolehkan badan saya berehat. "Makan segala jenis suplemen sampai muka naik jerawat besar. Mula 'psiko' bola setiap bulan semua benda saya rasa simptom mengandung," katanya. Janna sudah cuba pelbagai cara untuk hamil. Kata Janna, dia mula sedar proses kehamilan bukan mudah dan berdoa agar semua wanita yang sedang berjuang mendapatkan cahaya mata agar dipermudahkan. "Tolong ambil perhatian, proses kehamilan tidak mudah. Saya faham dan terima takdir. Tahu ada orang lagi lama menunggu. "Saya berdoa agar semua yang sama-sama berjuang serta menanti akan dapat bayi yang comel," ujarnya. Untuk rekod, Janna dan Dini atau Dini Schatzmann, 30, mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023 di Langkawi, Kedah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!