suria

Halaqah program TV pertama guna teknologi hologram, dapat sentuhan pelajar multimedia OKU

Halaqah menampilkan dua panel iaitu Datuk Dr Danial Zainal Abidin (kiri) dan Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan.

PROGRAM Halaqah terbitan TV3 kembali dengan imej baharu dan segar menggunakan hologram yang menjadikan ia rancangan televisyen pertama tampil dengan teknologi berkenaan.

Apa lebih menarik, penggunaan teknologi tersebut turut mendapat sentuhan salah seorang pelajar tahun ketiga di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang juga orang kelainan upaya (OKU).

Nur Kamilah Muhamed Jamal berkata, dia dan beberapa lagi rakannya dari Fakulti Multimedia, Kreatif dan Pengkomputeran berjaya menyiapkan 19 objek hologram untuk program berkenaan hanya dalam tempoh dua minggu.

Nuur Kamilah Binti Mohamed Jamal_ Fakulti Multimedia, Kreatif dan Komputeran, Kolej Universiti Islam Selangor (Hologram)

Nur Kamilah antara pereka grafik yang membantu dalam merialisasikan penggunaan hologram Halaqah.

"Cabaran yang dihadapi bukan mudah kerana ia melibatkan banyak percubaan sebelum mendapat hasil yang baik.

"Objek yang saya hasilkan adalah bulan dan akan disiarkan pada episod kelima.

"Saya seronok dapat terlibat dalam program ini kerana mendapat ilmu baru yang tidak diperoleh ketika dalam kuliah," katanya kepada mStar.

Nur Kamilah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis sidan media Halaqah yang diadakan pada Isnin.

sfdsfs

Halaqah bakal bersiaran pada 15 Mac ini di TV3.

Halaqah musim terbaharu ini bakal menampilkan empat panel iaitu Datuk Dr Danial Zainal Abidin, Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan, Ahmad Noor Sulaiman dan Mohamad Zarifi Mohamad Daud.

Mengangkat teman Rumah Kebijaksanaan, Satu Agama Pelbagai Bangsa, Halaqah turut mengetengahkan tiga mesej utama iaitu kemajuan zaman, era keemasan Abbasiyah dan tugasan Mujaddid.

Sementara itu, Mohammad Hadi memberitahu penggunaan hologram yang diketengahkan dilihat sebagai penanda aras dalam kandungan dan persembahan program agama di negara ini.

Halaqah 2

Antara pelajar multimedia yang turut terlibat dalam penghasilan hologram program Halaqah.

Perubahan itu kata Mohammad Hadi diharap dapat menarik minat anak mudah mempelajari dan mendalami sejarah Islam.

"Kita meletakkan impian untuk menjadi peneraju dalam konten agama dan nusantara.

"Besar harapan kami ingin menarik anak muda membaca sejarah penting dalam konteks persembahan Halaqah yang diringkaskan dalam tempoh 45 minit siaran," katanya.

Halaqah bakal bersiaran pada bulan Ramadan ini sebanyak 13 episod bermula 15 Mac 2024, setiap Jumaat pada pukul 6 petang di TV3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain