MEMIKIRKAN usia kandungan hampir memasuki usia lapan bulan, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad terpaksa melepaskan tawaran bergelar hos program realiti Akademi Sahur di Indonesia pada Ramadan ini. Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkata, jika dia bersetuju menerima tawaran tersebut ada kemungkinan dia terpaksa bersalin anak kedua di negara jiran. "Pada mulanya memang saya terima tawaran itu tetapi apabila memikirkan kandungan sudah cecah usia lapan bulan dan perlu berada di sana sepanjang Ramadan saya terpaksa tolak. Uyaina ketika ditemui pada acara Raya Ariani 1001 Tales. "Sekiranya bersalin di Indonesia, bimbang proses dokumentasi akan menjadi sulit dan perlu tinggal lebih lama di sana," katanya kepada mStar. Uyaina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Raya Ariani 1,001 Tales yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam pada itu, Uyaina memberitahu suaminya iaitu Raja Syahiran tidak pernah menghalang dia bekerja dan memberi kebebasan membuat keputusan sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Tuah hamil anak kedua, Uyaina Arshad dapat hadiah wang tunai daripada Raja Permaisuri Agong ARTIKEL BERKAITAN: Berita gembira penutup 2023, Uyaina Arshad hamil anak kedua selepas keguguran Julai lalu "Suami tidak pernah halang saya bekerja sebab dia tahu kemampuan saya. "Jika terima tawaran itu, saya perlu bekerja bermula pukul 12 tengah malam dan siaran langsung bermula 2 sehingga 5 pagi. "Memang saya tidak mahu fikir perkara buruk tetapi kita kena fikir risiko yang bakal ditanggung," jelasnya. Sekiranya melahirkan di sana (Indonesia) proses dokumentasi untuk anak saya mungkin akan jadi sukar. UYAINA ARSHAD PELAKON/PENGACARA Untuk rekod, Uyaina pernah mengendalikan program sama sebelum ini. Dalam perkembangan lain, Uyaina turut meluahkan rasa syukur apabila masih lagi dikekalkan sebagai duta jenama Ariani untuk tahun keempat. Menurut Uyaina, biarpun sedang sarat hamil dia masih lagi boleh menggayakan busana rekaan Ariani yang sememangnya menawarkan pelbagai ukuran saiz. "Alhamdulillah saya masih lagi diberi kepercayaan untuk membawa jenama Ariani walaupun saya sedang hamil. Uyaina dan Syahiran bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua. "Saya rasa mesti ada sebab kenapa Ariani masih mengekalkan saya sebagai duta kerana saya melalui fasa-fasa berbeza dalam kehidupan. "Dari mula saya memakai baju bersaiz XS hinggalah kini M atau XL mengikut potongan baju. Walaupun berubah saiz tetapi saya masih tetap boleh bergaya dengan rekaan Ariani," katanya. Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun. Uyaina dan Syahiran juga kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka pada Mei ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!