PELAKON Shaheizy Sam beranggapan setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan pandangan mereka mengenai filem lakonannya berjudul La Luna yang dikatakan mengandungi unsur soft porn. Menurut, Sam, 41, dia menerima setiap pandangan dengan hati terbuka, namun percaya niat sebenar seseorang hanya diketahui oleh Allah SWT. "Saya rasa pandangan manusia berbeza-beza, ustaz atau pendakwah pun ada pandangan yang berbeza. Jadi pandangan siapa yang kita nak ambil? Sam bergandingan dengan Sharifah Amani dalam La Luna. "Kalau bercakap mengenai nawaitu... kita buat sesuatu benda hanya Allah saja yang tahu nawaitu kita. "Sebab itu saya tak nak bagi komen sedangkan saya sudah tahu sebab saya ambil cerita itu. "Semuanya berbalik kepada manusia itu sendiri nak kaitkan dengan orang, diri sendiri, agama itu hak masing-masing. Saya terima pandangan orang," katanya. Sam menjawab mengenai perkara itu semasa ditemui di Majlis Tayangan Program Ramadan Astro 2024 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada petang Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah Asma' Harun dakwa filem ‘La Luna’ perlekeh agama Islam, minta pihak berwajib tapis kandungan penstriman ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam kesan anak sulung minat dunia seni, tiru macam-macam watak siap minta berlakon Polis Evo Dalam pada itu, Sam berkata dia menerima maklum balas negatif mengenai filem berkenaan sewaktu menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Malah dia juga sempat bertanya dengan beberapa ustaz di Tanah Suci mengenai filem berkenaan namun mereka memiliki pandangan berbeza. "Saya ada borak dengan ustaz di Makkah sebab waktu itu saya berada di sana. Mereka sudah tengok... mereka kata tiada apa. "Sebab itu saya cakap ada ustaz berkongsi pandangan dia... ada juga yang bersama-sama saya. Sebab fikiran saya tidak pergi ke liberal atau mengetepikan agama. SHAHEIZY SAM PELAKON "Saya tak boleh beri pandangan kerana risau pandangan saya mungkin tidak boleh diterima beberapa individu. Jadi terpulang pada hati dan rasa nak hukum filem itu di mana," luahnya. Dia bagaimanapun percaya dengan ketulusan pihak pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dalam menapis sesebuah filem bagi mengelakkan penonton mendapat impak negatif. "Tapi saya ada perasaan selamat apabila kita tahu ada LPF. Saya tak rasa mereka akan lepaskan filem yang tidak elok ditonton oleh penonton Malaysia," kongsinya. Dalam pada itu, Sam mengakui filem La Luna merupakan salah satu karya yang digemarinya sepanjang bergelar pelakon. Antara babak yang ada dalam La Luna. Bukan mengetepikan agama, sebaliknya jalan cerita yang disampaikan itu membuatkan dirinya seronok menonton. "Sebab fikiran saya tidak pergi ke liberal atau mengetepikan agama. "Saya beragama Islam dan saya tak rasa diri saya liberal tapi apa-apa pun berbalik pandangan masing-masing. Sebagai pelakon berpengalaman, Sam memberitahu dirinya juga kurang senang sekiranya perlu melakukan babak-babak tidak sepatutnya. Hisyam Hamid turut berlakon dalam La Luna. Namun dia meletakkan garis panduan dan mengkaji watak terlebih dahulu sebelum menerima tawaran itu. "Terus terang saya kata kalau benda-benda (babak tak sepatutnya) macam itu saya pun segan. Sebagai seorang pelakon dan juga orang Islam saya ada garis panduan saya. Penilaian atas kajian filem itu ada had sebagai pelakon. "Kita bukan orang pandai dalam agama, jadi saya punya kajian dalam sesuatu filem itu hanya sekadar pelakon," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!