PENYANYI rap Joe Flizzow teruja berkongsi kisah perjalanan hidupnya menerusi dokumentari terbaharu berjudul This Is Johan. Selain kisah di sebalik tabir yang tidak diketahui peminat, dokumentari ini juga akan memaparkan perjalanan kariernya bersama Too Phat. Ditanya adakah dokumentari ini turut menampilkan Malique, Joe atau Johan Ishak, 45, berkata dia tidak terfikir untuk mengundang bekas duonya itu. This Is Johan memaparkan perjalanan kariernya bersama Too Phat. “Tidak!. Fasal dokumentari ini ‘This is Johan’. Saya rasa tidak, sebab dah tahu jawapannya. “Saya hormat dia (Malique) sudah tidak mahu lagi ‘limelight’, jadi saya kena hormat keputusan dia. “Apa-apa pun ini cerita saya bukan Malique, tapi dia tetap sebahagian dari cerita saya, itu sudah tentu,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Joe Flizzow 'Sunyi' walau nama dipuncak, kenang kehilangan bapa ketika sibuk naikkan Hip Hop ARTIKEL BERKAITAN: 'This Is Johan Live In Concert' berlangsung meriah, persembahan bertenaga Joe Flizzow pukau 1,500 penonton Joe berkongsi perkara itu ketika dijumpai di sidang media dokumentari This Is Johan di Menara Maxis, Kuala Lumpur pada petang Khamis. Dalam pada itu, Joe berharap Malique terhibur jika menonton dokumentari berkenaan. Malah, penyanyi lagu Sunyi itu berkata sehingga kini hanya dia sahaja yang bercakap mengenai Too Phat. Saya hormat dia (Malique) sudah tidak mahu lagi ‘limelight’. JOE FLIZZOW PENYANYI “Saya tak tahu, harap Malique enjoy it. Kita bercakap tentang realiti, siapa yang masih cakap fasal Too Phat sehingga ke hari ini? Saya! “Jadi saya tak nampak sebab dia akan marah tentang itu. “Sekurangnya saya masih bercakap fasal Too Phat. Saya tak nampak pada orang lain,” ujarnya. Meskipun sudah lama tidak berhubung, Joe bagaimanapun berkata hubungan persahabatan mereka tidak akan terputus. “Sejujurnya selepas berpisah dan dengan apa yang dah berlaku, saya tak rasa ia beri kesan pada persahabatan kami. “Macam orang cakap la... air dicincang takkan putus,” katanya. Dokumentari This Is Johan bakal ditayangkan di platform penstriman Viu. Dokumentari This Is Johan bahagian satu dan dua sudah ditayangkan dan boleh ditonton di platform penstriman Viu. Untuk rekod, Too Phat ditubuhkan pada tahun 1998 dan menjadi antara kumpulan hip hop yang mencipta fenomena pada ketika itu. Namun pada tahun 2017, Too Phat dan mereka memilih untuk meneruskan kerjaya solo. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!