suria

Datuk Red reda jika cerai dengan Adira, anggap balasan dosa lalu

Adnan sudah cuba memujuk Adira demi selamatkan rumah tangga.

SUAMI kepada Adira Suhaimi iaitu Datuk Adnan Abu tidak peduli dengan kecaman mahupun dilemparkan kepadanya susulan enggan menceraikan penyanyi berkenaan.

Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red dia mahu mempertahankan hubungannya dengan Adira demi empat anak mereka.

“Saya kahwin lapan tahun lalu bukan untuk cerai, anak pun dah empat, orang lain boleh cakap apa nak cakap, sebab mereka tak lalui.

adnan

Adnan ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Rawang.

“Saya fikir pengorbanan saya ini bukan untuk diri sendiri tapi anak-anak.

“Bila mereka tonton video ini, saya berkorban semua ini untuk mereka,” katanya kepada mStar.

Adnan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Rawang pada pagi Selasa ditemani peguamnya, Muhammad Akmal Azman bagi mendengar keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Adira turut hadir ke mahkamah pada proses berkenaan bersama peguam Nor Saidah Zakaria.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira mahu berpisah cara baik, elak tunjuk emosi menangis depan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datuk Red masih sayang Adira, tetap mahu pertahankan rumah tangga

Dalam pada itu, Adnan memberitahu sudah melakukan pelbagai cara memujuk Adira namun tidak menunjukkan hasil positif.

Adnan turut menganggap keretakan rumah tangganya bukan satu dugaan tetapi balasan atas apa pernah dilakukan sebelum ini.

“Pujuk memujuk itu biasa, memang ada tapi perempuan kalau marah... Saya sudah cuba.

“Apabila sampai tahap begini, sudah habis berusaha, mungkin ini bukan dugaan tapi balasan terhadap apa yang saya lakukan dahulu,” ujarnya.

2444841

Adnan akur dengan permintaan Adira.

Adnan memberitahu dia reda sekiranya keputusan JKP tidak berlangsung dengan baik malah fokus utamanya adalah keluarganya.

“Sebab itu sekarang saya tak ada sosial media dan hanya fokus pada keluarga.

“Dah ditakdirkan begitu, saya terima saja. Tapi selagi saya bernafas, saya akan berjuang untuk keluarga,” ujarnya.

Untuk rekod, Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama pada 1 April 2019.

Bagaimanapun penyanyi berasal dari Sabah itu menarik semula permohonan dibuat bagi memberi peluang kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.

adira2 - 1

Adira dan Adnan miliki empat orang anak bersama.

Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain