TIADA angin tiada ribut, pelakon Fadhli Masoot mendedahkan selamat disatukan dengan gadis pilihannya dikenali sebagai Suraya pada 2 Mac lalu. Fadhli, 28, berkata, dia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga selepas dua tahun menyulam cinta. Ceritanya, dia dan isteri berkenalan melalui laman sosial sebelum hubungan mereka bertukar rapat dan menjalinkan hubungan cinta. Fadhli dan isteri ikat tali pertunangan Disember tahun lalu. "Kami berkenalan dekat alam maya... bila dah jumpa sekali dua baru kami tahu rupanya abang saya dan kakak ipar dia saling berkenalan. "Lama juga kami berkenalan... dalam dua tahun macam itu. Kami bertunang Disember lepas," katanya ketika dihubungi mStar. Tertarik dengan kelembutan isterinya, Fadhli memberitau mereka melangsungkan majlis resepsi di A Park, Puchong pada Ahad lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu menjiwai babak buli... Namie pengsan atas pentas, hidung berdarah terhantuk kepala Fadhli ARTIKEL BERKAITAN: Kekal jadi jenama pilihan ramai, Elrah Exclusive bikin ‘gempak’ Syawal ini dengan gaya elegan... 1.7 juta pasang baju di pasaran! Menyedari namanya sedang meningkat naik sebagai seorang pelakon, Fadhli berkata dia menyerahkan soal rezekinya kepada Allah SWT. Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Projek High Council itu juga tidak pernah berhasrat berhenti berlakon selepas mendirikan rumah tangga memandangkan isteri menyokong penuh kerjayanya. "Saya percaya pada rezeki Tuhan. Saya berkahwin ini bukan untuk perlahankan atau berhenti dari belakon. "Alhamudlillah selepas berkahwin ini pun masih ada lagi tawaran lakonan. Sebab midset sebelum kahwin pun saya dengan isteri jelas untuk teruskan apa yang ada. Memang saya rancang nak perkenalkan isteri saya kepada peminat. FADHLI MASOOT PELAKON "Sebab itu adalah hidupkan... berkahwin adalah hidup. Insya-Allah rezeki ada di mana-mana. "Isteri pun sangat memahami dan sentiasa menyokong saya," kongsinya. Kata Fadhli, peminatnya juga tidak terkejut dengan khabar tersebut kerana dia dan isteri turut melakukan meet and greet yang turut diadakan pada hari pernikahannya. Jelasnya, rata-rata peminat menerima isterinya dengan hati terbuka malah lebih selesa beramah mesra dengan Suraya. Peminat restu hubungan Fadhli dan isteri. "Alhamdulillah, saya buat meet and greet sebenarnya pada hari pernikahan. Memang saya rancang nak perkenalkan isteri saya kepada peminat. "Mereka hargai saya... jadi saya buat macam ini pun untuk menghargai mereka. "Semuanya berjalan dengan lancar dan peminat-peminat pun macam selesa dengan isteri saya. Bersyukur mereka dapat terima dengan baik," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!