KEKALAHAN penyanyi Ernie Zakri pada Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) pada malam Ahad lalu menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat di media sosial. Rata-rata berpendapat Ernie yang mempertaruhkan lagu Astana tidak sepatutnya pulang dengan tangan kosong selain sudah memberikan persembahan terbaik. Susulan itu, tular video memaparkan Ernie bertemu peminatnya dipercayai selepas acara berprestij itu selesai. Ernie bersama tim yang menguruskan AJL38. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu dapat dilihat Ernie mengalirkan air mata sambil memaklumkan kepada peminat dia tidak akan berputus asa meneruskan karier demi penyokongnya. Bagaimanapun isteri kepada penyanyi Syamel itu menjelaskan kesedihan tersebut bukan kerana kalah di pentas AJL38 tapi terharu dengan sokongan dan kesetiaan peminat. "Bukan menangis sebab tak dapat apa-apa, tapi kehadiran awak semua (peminat) buatkan saya sangat gembira. Saya lakukan ini semua untuk awak. ARTIKEL BERKAITAN: Sarat mengandung bukan alasan, persembahan pembukaan AJL38 Shila Amzah macam bertanding! ARTIKEL BERKIATAN: Penjurian AJL38 tidak lagi stereotaip, AG Coco puji persembahan sarat emosi Amir Jahari "Seya bertarung untuk awak semua. Astana ini lain sikit untuk saya. Perjalanan ini sememangnya untuk penyokong saya. Saya takkan ada dekat sini, saya takkan cuba sehabis upaya saya kalau tak ada anda semua," katanya. Tidak hanya itu, dia juga sangat berterima kasih atas sokongan yang diberikan peminatnya kepada dirinya. Katanya dia tidak mampu membalas sokongan peminat sebaliknya hanya mampu memberikan persembahan terbaik pada malam itu. "Untuk 200 orang yang datang malam ini, saya sangat berterima kasih dan bersyukur. Terima kasih banyak-banyak, saya tak tahu macam mana nak balas jasa anda semua. Persembahan Ernie sangat bertenaga pada malam AJL38. "Saya tahu semua orang susah-susah datang, buat semua benda untuk saya. Alhamdulillah, terima kasih semua, saya tak mampu balas. Apa saya mampu adalah persembahan Astana... Saya takkan putus asa," luahnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mentitipkan kata semangat buat penyanyi berusia 32 tahun itu. Mereka juga percaya bakat Ernie akan dipandang pihak profesional suatu hari nanti. "Ernie kalau kecewa nampak sangat. Harap sangat suatu hari nanti orang nampak bakat dia. Ernie bersama peminatnya selepas AJL38. "Ernie awak tetap menang di hati peminat. Jangan putus asa terus berkarya," antara komen netizen. Pada Ahad lalu, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari muncul sebagai juara AJL38 sekali gus membawa pulang RM100,000 dan trofi. Manakala naib juara pula dirangkul oleh Aisha Rento menerusi lagu Sutera dan membawa pulang RM50,000 berserta trofi. Aisha juga diumumkan sebagai penerima Persembahan Terbaik yang membawa pulang RM12,000 dan trofi. Sementara itu, Aina Abdul berpuas hati dengan tempat ketiga menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu dengan membawa pulang RM30,000 dan trofi. Dia juga diumumkan sebagai penerima Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa yang masing-masing membawa RM12,000 dan trofi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!