suria

[V] “Kalau nak komen sudah lama saya buat”- Zahirah dan Aiman pilih tak layan isu Fathia Latiff

Aiman dan Zahirah selesa tidak memberi sebarang komen.

PASANGAN pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza tetap dengan pendirian untuk tidak melayan atau membalas kenyataan dikeluarkan aktres Fathia Latiff terhadap mereka sebelum ini.

Zahirah, 29, berkata, sekiranya dia ingin mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu dia sudah melakukannya sejak awal.

"Saya rasa kalau nak komen, sudah lama saya komen.

AIMAN 1

Aiman dan Zahirah enggan ulas lanjut isu yang dibangkitkan Fathia.

"Saya rasa awak sudah nampak selama ini macam mana. Kalau nak komen, memang sudah lama saya buat," katanya kepada mStar.

Zahirah ditemui ketika majlis pelancaran koleksi raya Clarks With Zahirah di The Exchange Mall (TRX), Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Aiman turut memilih berdiam diri apabila ditanya petugas media mengenai kontroversi yang turut membabitkan namanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti ganggu jika Aiman Hakim mohon maaf, netizen minta Fathia Latiff ‘move on’

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih ibu Zahirah MacWilson, anak sedang sarat mengandung kena hina dan fitnah

Pada Januari lalu, Fathia mencetuskan kekecohan apabila menyamakan wajah Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah.

Tidak cukup itu, aktres kontroversi itu turut memuat naik foto lama bersama Aiman dengan beranggapan bekas teman lelakinya itu masih mencintainya.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

AIMAN 3

Nama Zahirah dan Aiman menjadi bualan sejak beberapa bulan lalu.

Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira itu di Instagram pada pertengahan

Disember lalu.

Sebelum itu, Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.

Bagaimanapun setahun selepas berpisah, Fathia pernah memberitahu hubungannya dengan Aiman kembali pulih sebagai kawan bagi memenuhi tuntutan Islam yang melarang memutuskan silaturahim sesama manusia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain