suria

Hanya kawan biasa, Erysha Emyra puji Hun Haqeem lelaki berbudi bahasa dan lemah lembut

Erysha belum bersedia jalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

HUBUNGAN di antara pasangan pelakon Hun Haqeem dan Erysha Emyra tidak lebih daripada sekadar rakan biasa.

Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, berkata, gosip mengatakan mereka bercinta timbul mungkin disebabkan hubungan mereka dilhat akrab selepas bergandingan dalam drama Chinta Wrong Direction tahun lalu.

"Bercinta? Pastinya tidak sama sekali.

erysha 5

Erysha dan Hun rapat disebabkan berlakon bersama.

"Hubungan saya dan Hun hanya kawan di set penggambaran dan mungkin rapat sebab sudah bekerjasama dalam tempoh lama," katanya kepada mStar.

Dia bagaimanapun menyifatkan Hun sebagai seorang lelaki berbudi bahasa selain seorang yang lemah lembut.

"Hun seorang lelaki yang baik, bertutur pun lemah lembut. Hendak kata dia ada ciri-ciri lelaki idaman, saya rasa dia ada dan ramai lelaki lain pun ada juga," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Noniswara baru habis idah, Erysha Emyra kongsi keadaan ibu selepas pemergian bapa tiri

ARTIKEL BERKAITAN: Pemergian arwah ditangisi... Noniswara kongsi cerita orang kampung, YB, sahabat serta ustaz menangis kematian suami

Sebelum ini, nama Erysha dan Hun menjadi bualan ramai apabila beberapa foto mereka mesra mereka berdua tular di media sosial.

Dalam pada itu, Erysha memberitahu dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki ketika ini.

Katanya, dia mahu memberi fokus kepada kerjaya seni yang semakin berkembang.

erysha

Erysha mahu fokus kerjaya dan keluarga ketika ini.

“Hendak ada hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki mungkin belum lagi buat masa sekarang.

“Saya masih sangat baru dalam industri jadi, fokus sekarang hanyalah untuk kerjaya dan keluarga sahaja,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain