suria

Capaian tertinggi sejak 2021, Anugerah Juara Lagu ke-38 rekod 6.4 juta tontonan

AJL38 menobatkan lagu Hasrat sebagai juara.

ANUGERAH Juara Lagu 38 (AJL38) yang disiarkan TV3 pada malam Ahad lalu mendapat 6.4 juta tontonan mengikut ukuran Nielsen Audience Measurement dan Melwater.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding edisi tahun lalu ketika ia disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Capaian tontonan TV tersebut juga merupakan rekod yang tertinggi sejak 2021.

photo_6280771723846598190_y

Amir Jahari dinobatkan sebagai juara AJL38.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof, berkata, AJL38 berjaya mencapai matlamat sebagai AJL paling ikonik dalam penganjurannya memartabatkan lagu terbaik.

Kata Nini, AJL menjadi platform penting dalam industri muzik Malaysia bagi menyatukan pelbagai genre muzik hasil para karyawan muzik tanah air.

"Persembahan pembukaan memukau dan bertemakan Muzikaverse mencetuskan ilham dan kreativiti luar biasa daripada pihak stesen TV, produksi dan barisan finalis yang turut menyumbang konsep persembahan dan rekaan pentas unik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Persembahan keluar bau harum, rupanya Aina Abdul sembur minyak wangi... 80 petugas bantu persiapan AJL38

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Jahari juara AJL38, Aina Abdul pertahan trofi Vokal Terbaik

Bukan itu sahaja, jumlah tontonan menerusi strim langsung secara eksklusif di laman web dan aplikasi Tonton pada 3 Mac 2024 lalu juga mencatat peningkatan sebanyak 153 peratus jumlah jam tontonan.

Capaian menerusi platform media sosial turut menunjukkan peningkatan sebanyak 39.3 peratus dengan catatan jumlah 3.2 bilion dan sohor di media sosial selama tiga hari.

Untuk rekod, Hasrat nyanyian dan ciptaan Amir Jahari muncul sebagai juara AJL38 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

NASR1239 (1)

Aina, Aisha, dan Amir masing-masing tidak pulang dengan tangan kosong.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Aisha Retno menerusi lagu Sutera dan membawa pulang RM50,000 berserta trofi.

Aisha juga diumumkan sebagai penerima Persembahan Terbaik yang membawa pulang RM12,000 dan trofi.

Sementara itu, Aina Abdul berpuas hati dengan tempat ketiga menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu dengan membawa pulang RM30,000 dan trofi.

Dia juga diumumkan sebagai penerima Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa yang masing-masing membawa RM12,000 dan trofi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain