suria

2 tahun tak berlakon, ramai sudah lupakan Dazrin Kamarudin... Lebih dikenali sebagai penjual karpet

Dazrin kini lebih fokus kepada perniagaan karpetnya.

LAMA tidak muncul dalam drama atau filem, pelakon Dazrin Kamarudin akur jika namanya semakin dilupakan peminat.

Dazrin, 36, malah memberitahu generasi baharau juga tidak sedar akan kewujudannya dalam industri seni dan lebih dikenali sebagai penjual karpet.

Bagaimanapun itu tidak membuatkan dia terfikir untuk bersara walaupun ketika ini sibuk menguruskan perniagaan.

"Saya tidak pernah bersara cuma sekarang aktiviti dalam bidang seni agak perlahan. Dalam tempoh dua tahun ini memang saya fokus kepada perniagaan.

WhatsApp Image 2024-03-04 at 15.31.31

Dazrin semasa ditemu bual rakan media mengenai perkembangan terkini.

"Saya tahu orang akan lupakan saya. Generasi sekarang kalau berjumpa pun mereka tidak tahu saya seorang pelakon sedangkan sudah terlibat dalam puluhan drama.

"Rasanya saya kena 'keras' sikit memperkenalkan nama kepada produser baru sebab sebelum ini biasa bekerja dengan produksi sama," katanya kepada mStar.

Dazrin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran gudang Al Aqsa Carpet miliknya di Shah Alam pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak boleh nafas rasa nak mati” - Dazrin selamat jalani pembedahan, terlalu takut siap tinggal pesanan untuk isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ubah sikap dan penampilan Dazrin Kamarudin, kini lebih 'on time' dan kemas

Dalam pada itu, Dazrin memberitahu kali terakhir dia terlibat dalam sebarang projek lakonan sekitar dua tahun lalu.

Baginya sebagai pelakon berpengalaman, populariti bukan lagi sasaran utamanya dalam memilih sesebuah karya.

Justeru Dazrin lebih terbuka untuk bekerja sekiranya diberi tawaran untuk sebuah drama atau filem yang boleh memberi impak kepada penonton.

Ada juga watak yang ditulis untuk saya tetapi tidak boleh terima.

DAZRIN KAMARUDIN

PELAKON

"Tawaran masih ada namun buat masa sekarang saya terpaksa tolak. Ada juga watak ditulis untuk saya tetapi tidak boleh terima dan itu membuatkan saya rasa bersalah.

"Sekarang ini kalau ada watak hero yang memerlukan komitmen tinggi tetapi dapat memberi impak saya akan terima.

"Tidak kisahlah kalau bukan watak utama pun namun skrip yang baik saya tak tolak. Mungkin dalam masa terdekat saya akan kembali berlakon," ujarnya.

WhatsApp Image 2024-03-04 at 15.31.33

Dazrin buka kedai karpet di Shah Alam.

Bercakap mengenai perniagaan diusahakan sejak lapan tahun lalu, Dazrin mahu memberi pengalaman gaya hidup mewah menerusi koleksi pelbagai jenis permaidani dengan harga berpatutan.

Dia juga membuka peluang kepada mana-mana pihak untuk melakukan infaqa bagi pemasangan karpet di masjid atau surau.

"Setakat ini rasanya syarikat saya sudah melakukan infaq untuk lebih 2,000 masjid di seluruh Malaysia. Ada mana-mana masjid yang mungkin tak cukup dana kami akan tampung selebihnya.

"Ada juga pihak lain yang mahu infaq pemasangan karpet di masjid. Jadi syarikat kami sediakan kerjasaman bagi tujuan tersebut," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain