suria

Tugasan akhir lebih mencabar, 5 peserta mara peringkat final Akademi Qurra' 2024

Lima finalis Akademi Qurra' yang mara ke peringkat Final

LIMA peserta program Akademi Qurra' 2024 bakal berentap merebut gelaran juara pada peringkat akhir yang bakal bersiaran langsung di TV AlHijrah pada 9 Mac ini.

Mereka adalah Tilmiz Luqman, Tilmiz Amnan, Tilmizah Sofea, Tilmizah Syahira, dan Tilmizah Sholihah manakala dua peserta lelaki iaitu Tilmiz Nabil dan Tilmiz Taufiq gagal menempatkan diri ke final.

Kesemua peserta bakal diuji dengan beberapa tugasan terakhir iaitu tilawah, tadabbur selain peserta bakal bertaranum bersama selebriti undangan.

Tilmizah Shahira

Tilmizah Syahira meraih markah tertiggi pada peringkat separuh akhir.

Tidak hanya itu, pihak produksi juga bakal menjemput tiga qari dan qariah legenda untuk mengalunkan ayat suci al-Quran sebagai salah satu persembahan kejutan buat penonton.

Dalam pada itu, Tilmizah Syahira meluahkan rasa syukur apabila meraih markah tertinggi pada peringkat separuh akhir Akademi Qurra' 2024.

"Saya memang tidak sangka mendapat markah tertinggi kerana ketika latihan saya bukanlah yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Halaqah program TV pertama guna teknologi hologram, dapat sentuhan pelajar multimedia OKU

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah tiba masa sumbang bakat pada agama, Tyzo sertai IKIM FM bermula 11 Mac

"Apapun saya bersyukur dan anggap markah pada pentas separuh akhir ini sebagai motivasi untuk saya lakukan yang terbaik pada final,” katanya.

Program menampilkan hos Raqib Majid turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim selaku tenaga pengajar.

Manakala Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan Muhammad Qayyim Nizar Sarim berindak sebagai juri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain