suria

Salma Asis belum menyerah, lagu baharu fokus penghayatan bukan nada tinggi

Salma belum menyerah dalam industri muzik.

JUARA program Mentor musim kelima Salma Asis belum menyerah setelah hampir 13 tahun berjuang memahat nama dalam industri muzik tanah air.

Salma atau Salma Andi Asis, 33, berkata, dia juga sudah tidak mahu namanya dibayangi dengan program realiti disertai sebelum ini kerana mahu mencipta identiti tersendiri sebagai penyanyi.

Tidak hanya itu, Salma juga mahu memberi lebih penghayatan dalam nyanyian berbanding memfokuskan kepada kemampuan menyanyi dalam nada tinggi.

Salma 2

Salma lebih fokus terhadap penghayatan lagu.

"Pengalaman lalu banyak membantu sebab sebelum ini mungkin saya lebih memikirkan bagaimana mahu mencapai nota tinggi ketika menyanyi tetapi itu bukan lagi keutamaan.

"Saya mahu fokus kepada penghayatan bagi membolehkan pendengar merasai nyanyian saya.

"Itu lebih penting sebab saya mahu memastikan nyanyian saya lebih seimbang selain dapat menyentuh hati pendengar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah diganggu penyondol, Salma takut nak kongsi kebahagiaan dengan suami di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai Harap Salma Tidak Lagi Sertai Pertandingan Realiti

Anak jati Tawau, Sabah ini juga tidak menafikan dia sering terkesan apabila kemampuannya sering dibandingkan dengan penyanyi lain.

Justeru dia berharap peminat dapat menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada dirinya sebagai penyanyi.

"Saya berterima kasih kepada peminat yang memberi kata perangsang dan semangat untuk saya terus berkarya.

Ia sangat menyentuh hati dan perasaan membuatkan saya tidak mampu menolaknya.

SALMA ASIS

PENYANYI

"Cuma saya berharap mereka dapat menerima saya dengan kelebihan dan kekurangan yang saya ada," jelasnya.

Kembali merancakkan karier muziknya, Salma turut melancarkan single terbaharunya berjudul Atas Nama Cinta sebagai hadiah buat peminat.

Menurut Salma, dia tertarik saat kali pertama mendengar demo lagu berkenaan kerana ia mempunyai keistimewaan dari segi komposisi lagu dan lirik yang puitis.

Salma 3

Salma jatuh cinta saat pertama kali mendengar single terbaharunya.

"Kali pertama mendengar demo dan menghayati bait liriknya, saya seperti mahu menangis. Serius, ia sangat menyentuh hati dan perasaan membuatkan saya tidak mampu menolaknya," jelasnya.

Salma berharap agar sigle ini menjadi permulaan baik bagi kerjaya seninya untuk tahun 2024 selain diterima baik pendengar.

Atas Nama Cinta adalah ciptaan Knight Cydeen dan Syaf Ramli yang diterbitkan oleh Awal Muzik Entertainment dan CQ Music Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain