suria

Kesedihan diganti rahmat, doa di Makkah ubah hidup Tyzo 360 darjah

Kerjaya dan kehidupan Tyzo kini berubah.

KESEDIHAN ditamatkan perkhidmatan sebelum ini rupanya meninggalkan seribu satu rahmat buat penyampai radio Tyzo yang dihujani pelbagai tawaran kerja dan peluang mengembangkan kariernya.

Tyzo atau Tuah Zolqarnain Idris berkata, kehidupannya berubah 360 darjah dan belajar bahawa percaturan Allah SWT adalah paling terbaik.

Malah kesedihan dirasai juga berlalu apabila dia bakal kembali bersiaran bersama stesen radio IKIM FM bermula 11 Mac ini.

tyzo 1

Tyzo mahu sumbang bakat demi manfaat pendengar.

"Selepas apa yang berlaku sebelum ini kehidupan saya berubah 360 darjah. Saya juga mula diberi kepercayaan dan peluang untuk mengendalikan program televisyen.

"Selepas dua bulan tidak bersiaran di radio, saya akan kembali bekerja bersama IKIM FM dan peminat dapat mendengar kembali suara saya.

"Apa boleh saya katakan kita tidak boleh bersedih atas setiap kejadian kerana Allah ada percaturan-Nya. Saya bayangkan mungkin sudah tiada kerja lagi tapi perkara itu tidak berlaku," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah tiba masa sumbang bakat pada agama, Tyzo sertai IKIM FM bermula 11 Mac

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tyzo tamatkan tugas bersama Suria FM

Tyzo ditemui ketika majlis Penjenamaan Semula dan Memperkenalkan Logo IKIM FM selain turut memperkenalkan dia sebagai seorang penyampai baharu stesen berkenaan.

Nekad memulakan perkhidmatan bersama di stesen itu, Tyzo juga memberitahu peluang ini juga adalah berkat doa ketika dia mengerjakan umrah pada hujung Januari lalu.

"Ketika di sana saya banyak berdoa agar kerjaya saya diteruskan sekiranya dapat memberi manfaat kepada orang lain. Jika tidak maka saya mohon agar diberi peluang bertukar ke bidang lain.

Mungkin juga kehadiran saya membawa perubahan kepada peminat.

TYZO

PENYAMPAI RADIO

"Saya anggap ini juga satu perubahan kerana selama ini hanya bekerja di stesen yang lebih tertumpu kepada hiburan. Di IKIM FM pendengar juga perlukan hiburan tetapi dengan cara berbeza," ujarnya.

Tyzo bakal bersiaran untuk segmen Inspirasi Pagi bersama rakan penyampai Suffian Amrin dan Luqman Hakim pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Biarpun kali ini satu perubahan besar buatnya, namun Tyzo percaya ia tidak membataskan bakat dan minat terhadap bidang penyiaran.

tyzo 3

Tyzo bersama rakan penyampai baharu iaitu Luqman (kiri) dan Suffian.

"Saya tidak rasa kali ini mengecilkan ruang lingkup kerja kerana IKIM juga ada program televisyen malah mempunyai jumlah pendengar tinggi selain pengikut ramai di media sosial.

"Mungkin juga kehadiran saya membawa perubahan kepada peminat kerana sekarang ini masyarakat kini lebih mementingkan hal-hal berkaitan kebajikan dan agama," jelasnya.

Untuk rekod pada 12 Januari lalu Tyzo memgumumkan tamat berkhidmat di radio Suria FM namun kontraknya dengan stesen tersebut masih diteruskan hingga 9 Mac ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain