suria

Berkahwin pilihan tepat! Fadhli Masoot bimbang iman tak kuat, hanyut godaan

Fadhli beri galakan isteri ceburi bidang seni.

KEPUTUSAN untuk mendirikan rumah tangga merupakan satu pilihan tepat buat pelakon Fadhli Masoot tatkala namanya kini semakin dikenali.

Kata Fadhli atau Mohd Fadhli Masoot, 28, dia enggan hanyut dalam godaan populariti termasuk gangguan peminat yang tidak boleh dijangka.

"Jauh di sudut hati, saya tidak mahu tersilap langkah. Dalam usia muda dan ketika tengah rancak, saya tidak mahu terlibat dengan perkara yang tidak elok. Niat saya masuk industri seni hanya untuk berlakon sahaja.

fadhli 2

Fadhli tidak mahu terlalu hanyut dalam dunia populariti.

"Tak nafikan ada yang cuba mendekati sebelum ini. Saya tahu diri saya dan iman pun tidak kuat, jadi lebih baik tolak daripada terjebak perkara sebegitu dan sebab itu saya putuskan untuk berkahwin.

"Isteri juga adalah wanita yang telah membuka hati saya untuk ke arah perkahwinan," katanya kepada mStar.

Fadhli ditemui ketika sidang media drama Ramadan dan Raya TV3 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Projek High Council’ Fadhli Masoot sudah kahwin, buat ‘meet and greet’ perkenal isteri kepada peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Nazim Othman rancang bersara, harap dapat berlakon filem sebelum tinggalkan karier seni

Pelakon yang mula popular dengan drama Projek High Council ini mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya iaitu Suraya, 25, pada 2 Mac lalu selepas dua tahun perkenalan.

Bercakap tentang fasa baharu sebagai seorang suami, Fadhli akui ia tidak sama seperti dahulu dan kini masih dalam proses untuk membiasakan diri hidup berdua.

"Sekarang sudah mula rasa sedikit bagaimana hidup sebagai seorang suami. Paling utama dalam bab makan tak perlu nak fikir cari kedai. Isteri yang sediakan makanan di rumah.

Dia tidak pernah marah atau cemburu apabila saya berlakon dengan pelakon wanita lain

FADHLI MASOOT

PELAKON

"Selain itu saya juga sebelum ini sudah biasa buat kerja sendiri, tetapi sekarang kalau nak basuh pinggan selepas makan pun isteri tegur dan dia yang akan buatkan," ujarnya.

Pasangan ini juga masih belum sempat berbulan madu disebabkan kekangan waktu dan jadual kerja yang padat.

Dalam masa sama Fadhli memberitahu perkahwinan ini juga mungkin menjadi titik permulaan buat mereka berdua terus mengembangkan kerjaya dalam dunia seni memandangkan isterinya itu juga berbakat dalam nyanyian.

fadhli 3

Fadhli bakal tampil dalam drama Ya, Cikgu!

"Dia minat dan pandai menyanyi. Siapa tahu mungkin selepas ini dia juga terlibat dalam dunia seni. Untuk berlakon katanya belum bersedia, cuma jika ada tawaran menyanyi dia tidak ada masalah untuk terima.

"Isteri juga amat memberi sokongan terhadap kerjaya saya. Dia tidak pernah marah atau cemburu apabilas aya berlakon dengan pelakon wanita lain. Katanya saya buat demi kerja dan bukannya ada niat ke arah lain," jelasnya.

Terbaharu Fadhli bakal tampil drama drama mini berjudul Ya, Cikgu! yang bakal bersiaran pada sambutan hari raya pertama nanti.

Selain Fadhli pelakon lain yang turut terlibat adalah Trisha Ooi, Khir Rahman, Ku Faridah dan Afifah Nasir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain