suria

[V] “Mungkin Allah nak beri di akhirat nanti” - Aprena Manrose reda dan pasrah soal zuriat

Aprena berserah kepada rezeki dalam soal zuriat.

LAPAN tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata, pelakon Aprena Manrose memberitahu dia kini reda dan berserah menerima ketentuan Allah.

Bagi Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, dia dan suami iaitu Mohd Afiq Hazman tidak pernah putus berusaha namun enggan juga terlalu berharap.

"Sebenarnya sekarang ini lebih kepada reda dan pasrah. Bukan bermaksud kami berputus asa.

aprena 2

Aprena dan suami reda jika tidak dikurniakan cahaya mata.

"Jika tidak dikurniakan cahaya mata sekali pun kami terima. Mungkin Allah nak berikan anak di akhirat nanti," katanya kepada mStar.

Pelakon ini ditemui ketika majlis sidang media drama Ramadan dan Raya TV3 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Aprena juga berkongsi sebelum ini dia pernah melakukan rawatan persenyawaan invitro (IVF) namun ia juga tidak berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun berkahwin, Aprena Manrose jalani rawatan kesuburan - “Sudah tiba masanya fokus nak anak”

ARTIKEL BERKAITAN:

Katanya, ketika itu juga pernah menolak tawaran berlakon watak utama demi memberikan fokus terhadap proses tersebut.

"Sekitar dua tahun lalu saya buat rawatan IVF dan ketika itu ada terima dua tawaran berlakon watak utama. Saya terpaksa berkorban menolak.

"Saya tahu kalau buat rawatan IVF, kita tidak digalakkan untuk bergerak. Saya hanya duduk di rumah sahaja sepanjang tempoh dua minggu selepas proses tersebut.

Mungkin Allah nak berikan anak di akhirat nanti

APRENA MANROSE

PELAKON

"Namun apabila dapat tahu tidak berjaya, rasa sangat kecewa. Saya dan suami matikan telefon dan kami hanya tidur di rumah," ceritanya.

Bercakap tentang kerjaya seni, Aprena kini sedia untuk kembali aktif berlakon selepas agak perlahan kerana mahu memberi tumpuan kepada rawatan.

"Apabila terlalu lama duduk rumah rasanya lebih baik saya kerja semula kerana ini adalah minat. Jadi kalau ada rezeki datang saya akan terima.

aprena 3

Barisan pelakon drama siri Hello, Saya Anak Uncle!

Aprena bakal tampil dalam sebuah drama mini berjudul Hello, Saya Anak Uncle! yang bakal di tayang bermula 17 Mac pada setiap Ahad pukul 9 malam di saluran TV3.

Selain Aprena drama tersebut turut dibarisi pelakon lain seperti Izzue Islam, Zara Zya, Rania Amanda dan Raden Zaharatul.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain