suria

“Alhamdulillah, God is great” - Sophia Albarakbah

Netizen minta Sophia tidak keruhkan lagi keadaan.

PERNAH terpalit dengan kontroversi bersama aktor Aliff Aziz, perkongsian terbaharu pelakon Sophia Albarakbah mencuri perhatian.

Menerusi ciapan di laman X miliknya, Sophia, 30, meluahkan rasa syukur atas kehebatan kuasa Allah.

Pun begitu, aktres itu tidak menjelaskan secara terperinci maksud di sebalik perkongsiannya itu.

Untitled design (2)

Luahan Sophia jadi bualan netizen.

"Alhamdulillah, God is great," tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warga X yang berpendapat kata-kata itu ada kena mengena dengan kontroversi melibatkan Aliff dan Ruhainies.

Pengikutnya meminta agar Sophia mengambil pendekatan tidak masuk campur atau cuba mencurahkan minyak ke dalam api memandangkan isu tersebut sedang hangat diperkatakan.

Bagaimanapun ada pula mengimbas kembali tindakan Ruhainies yang kononnya pernah menggelar Sophia sebagai perosak industri susulan isu dituduh sebagai orang ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh menipu putar belit, Sophia Albarakbah kekal tenang... “Biarlah orang buat kita”

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dakwa Sophia Albarakbah menipu, keluar auditorium selepas Aliff selesai buat persembahan

"Jadi bukan salah Sophia, tak sia-sia back up dia selama ini.

"Akhirnya kata-kata makan diri sendiri. Sekarang ini siapa perosak sebenarnya?," komen netizen.

Pada tahun lalu, Sophia dikatakan menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga Aliff dan juga Bella.

Mereka dikatakan mula akrab selepas terlibat dalam penggambaran menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

sophia 2

Sophia, Aliff dan Bella pernah berbalas kenyataan sebelum ini.

Pada awal pagi Sabtu, Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Kedua-dua mereka dibawa ke Jawi untuk siasatan dan dibebaskan dengan jaminan pada pukul 2 petang Sabtu sebelum didakwa di Mahkamah Syariah pada satu tarikh lain.

Ini bukan pertama kali Aliff berhadapan isu kontroversi malah pernah beberapa kali berlaku curang terhadap Bella.

Malah pasangan itu pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu.

Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain