KETIKA di kemuncak populariti, Puteri Sarah Liyana dilimpahi kemewahan namun pelakon itu mendedahkan kehidupannya tidak mempunyai tujuan. Kata pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 39, ini memberitahu jika masa dapat diputarkan semula dia mahu mengubah gaya hidup terutamanya dalam soal pengurusan wang. "Kalau masa boleh diputar semula saya ingin menukar gaya hidup dan cara pengurusan wang. Dulu walaupun banyak duit tapi tiada arah tujuan. Sarah membuat perkongsian menerusi sebuah podcast dalam talian. "Sekarang saya bersyukur masih dilimpahkan dengan kemewahan cuma bezanya saya dapat rasakan keberkatan. "Dulu tak tahu nak buat apa dengan duit tapi sekarang kalau ada duit perkara pertama sekali saya akan utamakan anak-anak," katanya. Aktres itu berkongsi perkara itu menerusi temu bual podcast yang dimuat naik di saluran YouTube Syok. ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tak berdiam diri, saman pegawai pemasaran RM1 juta kerana fitnah ARTIKEL BERKAITAN: Bekas mentua datang acara sukan Syaikhul, Puteri Sarah sebak kenang anak-anak tetap disayangi Cerita pelakon drama Suri Hati ini lagi, sebelum ini wang yang diperolehi dirasakan seperti tidak cukup selain jarang berfikir untuk diri sendiri kerana tidak mempunyai komitmen. "Dulu rasa seperti tidak pernah cukup. Duit hanya untuk bersuka ria... Untuk diri sendiri tak fikir apa. Tiada komitmen. "Sekarang saya sudah mempunyai komitmen dan wang diperolehi rasa lebih berkat. Puteri Sarah hanya mahu membahagiakan ibu bapa dan anak-anak. "Apabila tengok ibu bapa saya gembira, baru saya rasa seperti anak, ibu dan manusia berguna," katanya. Dalam pada itu, Puteri Sarah bersyukur kerana buat pertama kali dapat membawa ibu bapanya bercuti menggunakan pendapatan yang diperoleh atas usahanya sendiri. Katanya, semua usaha dan hasil titik peluh yang diperoleh kini adalah semata-mata bagi membahagiakan ibu bapa dan anak-anaknya. Puteri Sarah dapat merasakan wang yang diperoleh kini lebih berkat. "Masa muda bila dapat duit berlakon hanya enjoy untuk diri sendiri sebab fikir ibu bapa sudah ada wang mereka sendiri. "Tujuan saya sekarang adalah menggembirakan Syaikhul dan Sumayyah. Ibu bapa saya... Macam baru-baru ini saya bawa keluarga pergi bercuti. "Itu adalah kali pertama saya bawa mereka bercuti menggunakan wang daripada hasil titik peluh sendiri," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!