KISAH hidup pelakon Aman Graseka yang meminta bantuan orang ramai kembali menjadi bualan hangat apabila kali ini anaknya pula dikhabarkan sedang menerima rawatan di hospital. Membaca perkhabaran tersebut, bekas isteri kepada Aman iaitu penyanyi Mas Idayu meminta orang ramai agar tidak mudah memberi bantuan tanpa mengetahui kisah sebenar. Kata Mas, 51, sudah ramai yang bercakap tentang perkara sama namun dia tidak pasti akan kesahihan dan kepayahan dilalui oleh Aman. Mas meminta orang ramai agar tidak mudah memberi bantuan tanpa soal selidik. “Kepada orang luar jangan memberi kalau tidak pada saluran yang betul. “Kalau fikir logik dia sepatutnya minta pada anak atau saudara-mara. Kenapa nak meminta daripada orang ramai dengan cara begini,” katanya kepada mStar. Mas Idayu ditemui ketika majlis Share Rezeki Amaris x Tyzo yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: "Kenapa tak cari anak?" - Mas Idayu terkejut Aman Graseka minta bantuan, harap kenang kisah dulu! ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Aman Graseka mesej minta bantuan lagi, kali ini anak sakit sedang ditidurkan... Sharifah Shahirah jadi takut nak percaya Meskipun pernah hidup bersama Aman, Mas berkata dia bukanlah individu yang sepatutnya menghulurkan bantuan. Tambahan pula, dia kini sudah kembali memegang status isteri orang. “Saya tidak akan membantu. Sekarang saya ini isteri orang. Tidak sepatutnya saya membantu. Kalau kami tidak ada hubungan sebelum ini mungkin saya boleh bantu. Kalau fikir logik dia sepatutnya minta pada anak atau saudara-mara. MAS IDAYU PENYANYI “Dalam keadaan sekarang anak saya yang sepatutnya membantu. Dia yang ada ikatan dengan Aman. Namun anak saya tidak dapat menghubungi Aman,” ujarnya. Untuk rekod, Aman berkahwin dengan Mas pada tahun 1997 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dayini Asyiqa. Sementara itu bercakap tentang program Share Rezeki: Amaris x Tyzo, Mas Idayu berbesar hati membantu pelakon Putra Amaris menggerakkan infaq sempena Ramadan itu. Mas sudah tiada kaitan dengan Aman. “Saya dah lama kenal Amaris sebab kami sama-sama asal Johor. Namun sebab sibuk sebelum ini kami jarang berhubung. “Apabila dia berkongsi program yang sudah dilaksanakan empat lepas saya jadi tertarik. Awalnya saya sangka ia sekadar melepas batuk di tangga. Tak sangka program ini bertahan. “Sebagai selebriti saya membantu untuk uar-uarkan program ini kepada lebih ramai orang,” jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!