suria

Fizi tak peduli dituduh mahu rebut anak, video menyentuh hati hadiah buat Ameena... “Bila daddy tak ada boleh tengok”

Fizi menitipkan ucapan selamat hari lahir buat Ameena.

PENYAMPAI radio Fizi Ali berjanji akan memberi kebahagiaan buat anak perempuan tunggalnya walaupun tidak dapat menjaga kanak-kanak itu setiap masa.

Janji Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, dia akan membuat anaknya iaitu Ameena Sofia berasa bahagia setiap kali bersamanya.

"Untuk anakku Ameena Sofia, betul kita tak banyak masa bersama.

"Daddy tak dapat bagi 100 peratus masa dengan awak. Daddy takdapat bagi macam ayah orang lain bagi dekat anak mereka.

fizi1 - 1

Fizi berjanji akan membahagiakan Ameena.

"Tapi daddy janji setiap kali kita jumpa, daddy akan buat awak manusia paling bahagia dalam dunia," katanya.

Fizi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu juga, Fizi memuat naik video memaparkan momen-momen manis dia bersama Ameena sejak kecil untuk dijadikan kenangan.

Menggunakan lagu latar Surat Cinta Untuk Starla nyanyian Virgoun, video dan ucapan tersebut dibuat bersempena ulangtahun kelahiran kelima Ameena.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah siap-siap beli hadiah sebelum jemput di sekolah, Fizi Ali terlalu gembira akhirnya dapat peluk Ameena

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selepas 3 bulan terpisah, Fizi Ali akhirnya dapat jumpa anak 4 hari

Dalam pada itu, Fizi juga tidak kisah jika ada pihak melihat luahannya itu sebagai cubaan mahu merebut Ameena daripada bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Sebaliknya, Fizi berharap video itu nanti dapat ditonton semula Ameena jika dia sudah tidak ada lagi di dunia ini.

"Insya-Allah daddy akan buat yang terbaik untuk awak. Mungkin ada mulut-mulut akan cakap daddy ini bapa 'terpaling' konon nak rebut awak.

"Daddy tak kisah, janji satu hari nanti bila daddy dah tiada ada, awak tengok balik semua video-video ini.

"Khas untuk awak sayang. Daddy sayang awak. Kami semua sayang awak.

fizi2 - 1

Fizi akui tidak dapat meluangkan banyak masa bersama anaknya.

"Selamat hari jadi sayang. Nanti jumpa kita sambut ya," luahnya.

Untuk rekod, Fizi dan pelakon Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Fizi kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober tahun lalu.

Shakilla juga selamat bernikah dengan jejaka pilihannya Fariz Zulkepley pada 24 Februari lalu di sebuah majlis secara tertutup yang diadakan di Shah Alam, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain