suria

Tyzo jadi diri sendiri di radio Islamik, baru sedar jiwa minat ilmiah berbanding hiburan

Tyzo semakin selesa dengan tugas baharu di konti Ikim FM.

PENYAMPAI radio Tyzo akhirnya menyedari minat sebenar setelah 25 tahun melibatkan diri dalam dunia penyiaran dan radio berkaitan hiburan.

Tyzo atau Tuah Zolqarnain Idris berkata, konsep wawancara ilmiah diketengahkan Ikim FM lebih sesuai dengan jiwanya berbanding dunia hiburan.

"Jiwa saya sebenarnya lebih ke arah konsep temu bual dan wawancara ilmiah mengenai isu semasa berbanding hiburan.

"Walaupun saya sudah lama dalam bidang ini tetapi sejujurnya saya jarang mengikuti berita selebriti di media sosial.

Untitled design (30)

Tyzo turut hadir ke majlis berbuka puasa bersama selebriti lain di Restoran Puteri Penchala.

"Selain ulang kaji dan memahami topik dibincangkan saya dapat belajar termasuk ketika menemubual tetamu di konti," katanya kepada mStar.

Selepas tiga hari bertugas ditempat baharu, Tyzo menganggap penghijrahannya itu turut membuka pintu untuknya belajar tentang agama dengan lebih mendalam.

Masih lemah memahami terma bahasa Arab digunakan oleh tetamu di konti, Tyzo tidak malu mengaku kelemahan dan berharap kemahirannya bertambah baik selepas ini.

ARTIKEL BERKENAAN: Kesedihan diganti rahmat, doa di Makkah ubah hidup Tyzo 360 darjah

ARTIKEL BERKENAAN: Sudah tiba masa sumbang bakat pada agama, Tyzo sertai IKIM FM bermula 11 Mac

"Saya bukan orang mempunyai pengetahuan luas tentang agama termasuk tidak terdedah dengan penggunaan bahasa Arab dalam kehidupan seharian.

"Apabila rakan deejay atau tetamu guna bahasa Arab, saya tak malu mengaku yang saya tidak tahu dan akan bertanya tentang maknanya," ujarnya.

Dalam pada itu, Tyzo memberitahu walaupun bertugas di stesen Islamik namun dia masih mengekalkan karakternya yang dikenali pendengar sebelum ini.

Jiwa saya sebenarnya lebih ke arah konsep temu bual dan wawancara ilmiah.

TYZO

PENYAMPAI RADIO

Malah tiada pihak memberi sebarang tekanan meminta dia mengubah karakternya di Ikim FM.

"Mereka yang selalu dengar saya di stesen radio sebelum ini tahu dan kenal dengan karakter saya.

"Mereka boleh menerima karakter itu dan saya pilih mengekalkannya tetapi lebih rileks atau berlebihan," jelasnya.

Tyzo bersiaran menerusi segmen Inspirasi Pagi bersama rakan penyampai Suffian Amrin dan Luqman Hakim pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga10 pagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain