SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, nama penyanyi kelahiran Singapura Imran Ajmain kembali menjadi sebutan dalam kalangan peminat termasuk di Malaysia. Bukan sahaja lagu-lagu popularnya seperti Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang kembali menjadi siulan peminat malah meraih populariti dalam kalangan pendengar generasi baharu. Pada Februari lalu, konsert Imran di Kuala Lumpur dan Singapura juga habis terjual membuatkan ramai kempunan menonton persembahan lagu-lagu galau yang cukup sinonim dengannya. Imran berpegang teguh dengan pesanan ibu. Bersyukur dengan semua rezeki melimpah ruah, Imran bagaimanapun turut menyifatkan fasa dilalui ketika ini adalah ujian sebagai anak seni. "Dalam tahun ini sahaja saya terima tawaran buat konsert, single dan album malah tiket di kedua-dua konsert Singapura dan Kuala Lumpur habis terjual. "Saya rasa bangga tapi takut kerana rezeki tengah melimpah ruah. Boleh dikatakan saya sedang diuji sebenarnya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tiket ‘Malam Seribu Tahun’ licin dalam tempoh sejam, Imran Ajmain tambah tarikh konsert ARTIKEL BERKAITAN: Lari daripada balada mendayu-dayu, ’Padam Dan Pergi’ tonjol sisi berbeza Imran Ajmain Imran berkongsi perkara itu menerusi sebuah video temu bual yang dimuat naik di Instagram miliknya. Pemilik nama penuh Imran atau Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain, 43, ini bagaimanapun berpegang teguh kepada pesanan ibunya agar tidak bersikap sombong. "Ibu saya selalu pesan supaya jangan sombong," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!