suria

“Tak usah ribut” - Bercuti ke Bali atas permintaan anak, Sha'arin hormat Yasmin Hani sudah ada pengganti

Sha'arin dan Yasmin masih mampu berkawan baik biarpun sudah bercerai.

DEMI memenuhi permintaan anak, pelakon Yasmin Hani dan bekas suami iaitu Sha'arin Razali tidak menolak untuk pergi bercuti bersama ke Bali, Indonesia sebagai sebuah keluarga.

Menurut Sha'arin atau Sha'arin Mohamed Razali, 55, dia dan Yasmin masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak biarpun sudah tiga tahun berpisah.

"Tak usah ribut. Kami tetap kawan untuk kebaikan anak-anak. Tidak lebih daripada itu.

Yasmin dan Sha'arin bercuti bersama anak-anak di Bali, Indonesia.

Yasmin dan Sha'arin bercuti bersama anak-anak di Bali, Indonesia.

"Kami pergi bercuti bersama sebagai satu keluarga kerana itu adalah permintaan anak lelaki kami sejak dulu lagi," katanya.

Sha'arin berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Sha'arin turut menjelaskan dia dan Yasmin tetap akan menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak mereka dan disebabkan itu mereka perlu menjaga hubungan baik ini demi anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bercerai bukan bererti perlu bermusuh, ramai ‘respect’ dengan Yasmin Hani dan bekas suami - "Tak salah berbaik demi anak-anak"

ARTIKEL BERKAITAN: Dah rancang kahwin tahun 2023, Yasmin Hani enggan lagi terburu-buru soal jodoh... "I dah tak nak stres"

Malah kata Sha'arin dia juga menghormati status Yasmin yang sudah mempunyai kekasih namun dia lebih selesa hidup menduda.

"Kami akan sentiasa menjadi ibu bapa kepada Eisa dan Noah dan ia tidak akan berubah. Jadi kami berdua perlu mengekalkan hubungan baik ini.

"Saya hormati Hani (panggilan Yasmin) sudah berpunya dan saya tetap akan single," ujarnya.

Sha'arin dan Yasmin bersikap profesional demi anak.

Sha'arin dan Yasmin bersikap profesional demi anak.

Untuk rekod, Sha'arin mendirikan rumah tangga dengan Yasmin atau Yasmin Hani Ismail Richardson, 45, pada 2011.

Namun begitu mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain