PELAKON Oktovia Manrose berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia kini sedang mengandung anak ketiga. Oktovia atau Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 33, mendedahkan kandungannya kini sudah pun memasuki usia lima bulan selain dijangka bersalin pada Julai depan. "Alhamdulillah sedang berisi... Sekarang saya tengah mengandung. "Usia kandungan sudah pun masuk usia lima bulan," katanya kepada mStar. Kandungan Oktovia sudah memasuki usia lima bulan. Oktovia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis edaran bubur lambuk oleh syarikat produksi A. Aida Production di Masjid Mahmoodiah, Putrajaya baru-baru ini. Dalam pada itu, Oktovia memberitahu dia bukan berahsia mengenai kehamilannya sebaliknya sudah jarang mengemas kini tentang kehidupan peribadi di media sosial. Kata Oktovia, dia rasa lebih tenang apabila menjauhkan diri daripada media sosial selepas sedar bukan semua perkara perlu dipaparkan kepada umum. ARTIKEL BERKAITAN: 11 tahun menanti kelahiran zuriat kedua, Oktovia Manrose janji didik anak ikut syariat Allah ARTIKEL BERKAITAN: “Ia bukan sesuatu yang perlu dibanggakan” - Oktovia Manrose malu netizen ungkit kisah lama dengan Aliff Aziz "Tak semestinya semua benda kena tunjuk di media sosial. Sekarang ni pun kehidupan saya dalam keadaan baik dan tenang," jelasnya. Berkongsi mengenai aktiviti sepanjang Ramadan, Oktovia mahu memperbanyakkan aktiviti yang dapat menambah pahala seperti mengaji al-Quran, ceramah agama, solat Tarawih dan sebagainya. Malah dia turut mengambil peluang ini meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tersayang. "Aktiviti bulan Ramadan tahun ini saya banyak mendekatkan diri dengan aktiviti ilmu dan berkongsi rezeki... Kira perkara yang dapat tambah pahala. Oktovia mahu perbanyakkan aktiviti Ramadan dengan perkara positif yang mendatangkan pahala buatnya. "Tahun ni memang ada pergi solat Tarawih dan buka puasa dengan keluarga. Setakat ini macam itu sahaja aktiviti saya untuk Ramadan tahun ini," katanya. Untuk rekod, Oktovia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai pada 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 13 tahun. Oktovia kemudiannya berkahwin pula dengan pemain bola sepak Mohamad Khairul Efsan Md Isa, 33, pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan yang kini berusia 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!