PERUBAHAN penampilan Watie Sadali yang dilihat mula mengenakan tudung mencuri perhatian pengikutnya meluahkan rasa gembira dengan perubahan pelakon dan penyanyi tersebut. Watie atau Norwati Sadali, 48, bagaimanapun menjelaskan hatinya masih berbelah bahagi untuk menutup aurat sepenuhnya kerana bimbang akan berpatah balik kepada imej lama. "Saya sebenarnya 50-50, masih takut sebab hati belum kuat. Saya perlukan kekuatan untuk berhijab sepenuhnya. Watie ketika sedang menunaikan Umrah pada Februari lalu. "Ramai minta saya pakai tudung tapi saya bimbang kalau pakai nanti buka balik. "Jadi saya tidak mahu kecoh-kecoh sampai hendak buat pengumuman ke apa, takut termakan kata-kata sendiri," katanya kepada mStar. Watie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis edaran bubur lambuk oleh syarikat produksi A. Aida Production di Masjid Mahmoodiah, Putrajaya baru-baru ini. Dalam pada itu, suaminya iaitu Joey Daud juga tidak memaksa dia berhijab namun menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat. ARTIKEL BERKAITAN: Watie Sadali maafkan Hana Adnan, tapi tak mungkin kembali jadi kawan ARTIKEL BERKAITAN: Watie Sadali janji tak lari lagi, setuju bayar RM2,000 sebulan kepada Hana Adnan... Hukuman penjara jika culas bayar hutang Jelas Watie, dia mahu perubahan dilakukan bukan sekadar pemakaian tetapi juga pergaulan dan pekerjaan. "Joey sentiasa bagi sokongan sebab dia tidak mahu saya buat sesuatu separuh jalan. Sudah pakai tudung buka balik, itu lebih teruk. "Kalau boleh bila saya sudah pakai tudung sepenuhnya nanti, saya mahu ubah semua termasuk pergaulan dan pekerjaan saya. "Orang nak kata berubah ini daripada dalaman, jadi ia mengambil masa," ujarnya. Joey sentiasa menyokong Watie dalam apa jua keputusan. Sementara itu, Watie yang baru pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada Februari lalu memberitahu dia semakin tentang dan menjadi insan lebih positif. Anggota kumpulan Elite ini juga berharap dia dapat berubah menjadi manusia lebih baik pada masa akan datang. "Ini kali ketiga saya buat umrah. Setiap kali ke rumah Allah, hati saya tenang dan rasa lebih positif. "Insya-Allah saya akan perbaiki kelemahan diri, sentiasa belajar jadi yang terbaik. "Orang kata balik dari Makkah kita macam bayi baru lahir. Jadi saya harap pada masa depan saya akan jadi manusia lebih baik," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!