suria

Siti Sarah datang dalam mimpi, rasa cemburu tiba-tiba muncul di hati Watie

Siti Sarah turut muncul dalam mimpi Watie Hanifiah.

KEMUNCULAN Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dalam mimpi tiba-tiba menerbitkan rasa cemburu dalam hati Watie Hanifiah meskipun ia hanya mainan tidur.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, dia tidak pernah berasa cemburu terhadap arwah namun dalam mimpi tersebut dia benar-benar cemburu kerana bimbang kehilangan suami dan anak-anaknya.

"Saya fikir banyak kali juga sebelum kongsi tentang mimpi ini dengan Shuib. Saya cakap dengan Shuib, dalam mimpi pula saya ada perasaan risau dan cemburu jika arwah ambil suami dan anak-anaknya semula.

Watie berkongsi kisah mimpinya itu bersama Shuib.

Watie berkongsi kisah mimpinya itu bersama Shuib.

"Mungkin dalam realiti tidak cemburu tapi dalam mimpi pula saya macam takut," katanya kepada mStar.

Watie berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama artis Indigital Music yang diadakan di Hotel St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada Rabu.

Bercerita lanjut mengenai mimpi itu, Watie berkata, dia dapat bercakap dengan Sarah namun berjaya menyembunyikan perasaan cemburu yang ada dalam hati.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia senyum tapi tak cakap"... Impian Shuib nak jumpa Siti Sarah dalam mimpi tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib mimpi arwah isteri sampai menangis, tidak rasa cemburu dalam hati Watie

Kata Watie, dalam mimpi tersebut arwah muncul bersama bapanya iaitu Raisuddin Hamzah namun tidak bercakap dan hanya merenung wajahnya.

"Saya terfikir Sarah mahu ambil suami dan anak-anak ke? Tapi saya sorok perasaan itu dan saya cakap dengan Sarah tak mahu jumpa anak-anak ke? Anak-anak rindu Sarah.

"Tapi Sarah tidak bercakap apa-apa dan dia hanya pandang wajah saya," ujarnya.

Mungkin dalam realiti tidak cemburu tapi dalam mimpi pula saya macam takut.

WATIE HANIFIAH

ISTERI SHUIB

Ceritanya lagi, mimpi itu muncul selepas anak perempuannya Talita memberitahu bermimpi arwah ibunya ingin mengambil mereka adik-beradik.

"Sebelum itu Dekta (panggilan Talita) beritahu dia ada mimpi ibu. Dalam mimpi itu ibu cakap nak ambil mereka.

"Mungkin disebabkan Dekta cerita itu saya terbawa sampai mimpi," katanya.

Watie tidak mahu kehilangan anak-anak tirinya (dari kiri Uwais, Matin dan Talita).

Watie tidak mahu kehilangan anak-anak tirinya (dari kiri Uwais, Matin dan Talita).

Untuk rekod, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isterinya Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain