ANAK perempuan sulung penyanyi Adira Suhaimi terpilih mewakili Malaysia ke Thailand di Bangkok Kids International Fashion Week pada 27 dan 28 April depan. Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, berkata, pemilihan Anggrek Adnan yang berusia tujuh tahun adalah hasil kerja keras selepas menyertai kelas peragaan yang dikendalikan oleh model terkenal Amber Chia. Sebagai ibu kata Adira, dia ingin melihat Anggrek melangkah lebih jauh melalui pengalaman dan ilmu diperolehi daripada kelas tersebut. "Saya ada daftarkan Anggrek masuk kelas modeling yang dikendalikan model terkenal Amber Chia sebelum ini. Adira menyokong sepenuhnya minat Anggrek dalam bidang peragaan. "Dekat kelas itu pula dia fokus peragaan dan juga public speaking untuk menambah lagi keyakinan diri. "Alang-alang dia ada pengalaman dalam kelas tersebut, tak salah kalau kita bawa apa dia sudah belajar ke luar negara," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Adira sebelum itu berkongsi mengenai berita gembira itu menerusi Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Adira mahu berpisah cara baik, elak tunjuk emosi menangis depan anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red reda jika cerai dengan Adira, anggap balasan dosa lalu Bangkok Kids International Fashion Week merupakan pentas peragaan profesional yang memberi peluang kepada para pereka fesyen memperagakan koleksi terkini mereka. Bukan itu sahaja, minggu fesyen ini turut fokus mencari bakat-bakat muda terutamanya kanak-kanak dalam dunia peragaan fesyen sekali gus menyediakan platform untuk mereka bersinar di peringkat antarbangsa. Negara-negara terlibat ialah negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Filipina dan Indonesia. Anggrek juga suka catwalk kalau di rumah. ADIRA SUHAIMI PENYANYI Dalam pada itu, Adira berkata, dia mula menyedari bakat Anggrek dalam bidang peragaan ketika membuat konten TikTok bersama kanak-kanak itu. Kata Adira, anaknya itu juga suka catwalk di rumah selain menunjukkan bakat dalam bidang lakonan. "Mula-mula dia suka berlakon kalau buat video TikTok. Anggerek juga suka catwalk kalau di rumah. Adira sedar akan bakat dan minat anaknya ketika membuat konten Tik Tok bersama. "Bila saya tanya dia kata suka nak jadi model dan daripada situlah semuanya bermula," katanya. Sementara itu, Adira berkata, dia akan menemani anak perempuanya itu ke Bangkok selain bertindak sebagai pengurusnya. "Dia anak sulung saya, jadi saya akan bertindak sebagai pengurus dia nanti dan akan beri sokongan untuk dia sepanjang berada di Bangkok," jelasnya. Selain Anggrek, Adira turut mempunyai tiga lagi anak hasil perkahwinan dengan Datuk Seri Adnan Abu sejak 2015 iaitu Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!