suria

Yakin rezeki Allah luas, suami Fatin Afeefa sudah setahun tinggalkan forex - “Elok saja boleh hidup”

Aliff lebih banyak lakukan amalan ketika bulan puasa.

LAMA menyepikan diri selepas terpalit beberapa kontroversi, suami pelakon Fatin Afeefa mendedahkan sudah setahun meninggalkan aktiviti pelaburan mata wang asing atau forex.

Aliff Awang atau Opai, 30, berkata, dia sudah tidak mahu bercakap atau melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan dan menyifatkan ia sebagai perkara 'bodoh'.

Kata Aliff lagi, meskipun sudah tidak terlibat dalam forex kehidupannya masih berjalan seperti biasa dan ia bukan satu-satunya cara mencari rezeki.

opai

Pertanyaan netizen yang dijawab Aliff.

"Fasal forex kau jangan cakap dah fasal benda itu. Aku dah setahun tak buat benda bodoh tu. Dah setahun tak berharap benda itu. Elok sahaja boleh hidup.

"Kau kalau fikir forex yang boleh bagi kau makan, cari balik iman kau dekat mana.

"Aku yakin rezeki itu luas, yang penting yakin. Allah maha kuasa, makhluk tak ada kuasa. Jual apa pun boleh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Fatin cabar pihak berkuasa, JPJ minta bantuan polis kesan Opai

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya, saya pemilik kenderaan itu” - Kereta McLaren digayakan Opai rupanya milik orang lain

Aliff mendedahkan perkara itu selepas timbul tuduhan netizen mendakwa dia menipu kerana tidak menepati janji menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma.

Individu yang meninggalkan komen itu turut mengaitkan dia menipu kerana terlibat dalam aktiviti forex.

"Abang semalam tak ada pun tengok dekat story, senyap je. Itulah budak forex, memang suka menipu," ujarnya.

Menjelaskan perkara itu, Aliff memberitahu dia terpaksa menutup gerai roti John kerana kurang cekap memasak juadah tersebut.

fatinnn

Aliff berkongsi rezeki pada sepanjang bulan Ramadan.

Jelasnya, walaupun memberi makanan itu secara percuma dia tidak mahu melakukan sesuatu secara tidak ikhlas dan mahu orang yang menerima juadah itu berpuas hati dengan masakannya.

"Kalau abang nak tahu, masak roti john ni bukan senang. Kami pun pertama kali masak.

"Jadi kenapa semalam tak ada makanan percuma sebab kita nak masak ni biar ikhlas. Jadi bila tak ada keikhlasan, kita cutilah. Orang nak makan, kita nak bagi orang puas hati dan menikmati.

"Tapi hari ini Alhamdulillah, kita dah ada keikhlasan dan kita yakin boleh buat kerja ikhlas, insya-Allah kita masak hari ini," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain