suria

[V] Dah naik RM200 sebulan, Shuhada dakwa Hafidz Roshdi masih culas bayar nafkah anak

Hafidz menaikkan nafkah anak-anak sebanyak RM200 seorang.

BEKAS isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memaklumkan aktor berkenaan sudah pun menaikkan jumlah bayaran nafkah untuk anak mereka sebanyak RM200 sebulan.

Shuhada bagaimanapun berkata Hafidz masih lagi tidak memberikan komitmen sepenuhnya dan kadang kala culas dalam membuat pembayaran nafkah terhadap dua anak mereka iaitu Humairah dan Umar.

"Nafkah anak dulu RM100, sekarang dah naiklah sedikit. RM200 seorang. Itu pun ada yang dia bagi dan ada yang tidak bagi juga," katanya kepada mStar.

shuu1 - 1

Shuhada terpaksa menanggung perbelanjaan anak-anak yang selebihnya.

Shuhada berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor selepas prosiding kes tuntutan hadanah yang difailkan Hafidz pada Selasa.

Dalam pada itu, Shuhada memohon agar pelakon drama Ku Punya Hati itu untuk memberikan komitmen dan menjalankan tanggungjawabnya terhadap anak-anak.

"Saya mohon dia (Hafidz) tolonglah beri komitmen sebab anak-anak dia juga kan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak terlalu rindu Hafidz Roshdi, minta Shuhada belikan robot jadi bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi jumpa anak kalau ada 'bajet', kali terakhir bertemu September lalu

"Saya mahu anak-anak saya jadi seperti kanak-kanak yang lain juga, dapat rasa kasih sayang seorang bapa," ujarnya.

Sebelum ini, Shuhada mendedahkan Hafidz culas membayar nafkah buat kedua-dua anak mereka.

Kata Shuhada, Hafidz hanya memberi nafkah sebanyak RM100 untuk setiap seorang anak mereka.

Saya mohon dia (Hafidz) tolonglah beri komitmen sebab anak-anak dia juga kan.

SHUHADA

BEKAS ISTERI HAFIDZ ROSHDI

Nafkah yang diberikan aktor tersebut tidak mencukupi memandangkan kos persekolahan anak pertamanya iaitu Humairah mencecah sehingga RM1,000.

Malah, kedua ibu bapanya terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantu membeli keperluan cucu.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 sebelum disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 27 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar yang kini berusia 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain