suria

Dah bagi hadiah tapi macam tak hargai, Fasha Sandha tegur individu berat mulut ucap terima kasih

Fasha memilih untuk meluahkan rasa kurang senang itu menerusi media sosial.

PELAKON Fasha Sandha menegur tindakan segelintir individu yang disifatkan tidak menghargai pemberian orang lain dan berat mulut untuk mengucapkan terima kasih.

Bimbang individu berkenaan berkecil hati jika ditegur secara bersemuka, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata dia memilih untuk meluahkan rasa kurang senangnya itu menerusi media sosial.

Fasha meluahkan pandangan menerusi Instastory miliknya.

Fasha meluahkan pandangan menerusi Instastory miliknya.

"Kadang-kadang cara nak tegur melalui media sosial itu yang terbaik. Kalau awak terasa awak akan belajar. Belajar hargai orang sekeliling dengan ucapan terima kasih.

"Nanti kalau tegur dalam WhatsApp atau secara depan-depan (bersemuka) akan tergores hati dan sentap," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecaman seksi tak beri kesan, Fasha Sandha tetap lakukan apa disukai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lakon adegan ranjang bersama Afieq Shazwan, Fasha Sandha sedia diserang warganet

Dalam pada itu, Fasha berharap individu berkenaan mengubah sikap negatif itu dan lebih menghargai setiap pemberian serta kebaikan yang dilakukan orang lain.

"Pernah tak jumpa orang yang tidak pandai mengucapkan terima kasih? Tak faham dapat hadiah tak pandai ucap terima kasih. Bukan nak suruh post di media sosial.

"Cukup sahaja ucap terima kasih, kenapa ya berat mulut dan tak biasakan diri dengan pengunaan terima kasih.

"Jadi kalau awak lihat IG story ini silakan ubah sikap itu. Belajar ucap terima kasih. Orang ingat awak, belikan awak hadiah walau tak seberapa tapi sebagai tanda ingatan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain