suria

Aisyah Hijanah selamat bersalin anak ketiga, Aliff Teega sambut kelahiran bayi

Aisyah dan Aliff timang cahaya mata perempuan.

PERSONALITI media sosial Aisyah Hijanah selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan, Selangor pada petang Rabu.

Berkongsi momen kelahiran, Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari memberitahu suaminya iaitu Aliff Teega sempat menyambut dan mengiqamatkan bayi perempuan mereka sambil diperhatikan pegawai perubatan.

Bersyukur proses kelahiran dipermudahkan, Aisyah berkata dia tidak berdepan alahan sepanjang kehamilan.

NP

Aliff menyambut kelahiran anak ketiganya.

Malah dia masih boleh melakukan aktiviti lasak meskipun sedang sarat hamil.

“Dari awal memang Aisyah tak ada alahan langsung. Muntah tak ada, pening tak ada. Seolah-olah saya tidak hamil langsung.

“Malah, kerja pun macam orang biasa. Saya masih ingat hari-hari saya membuat siaran langsung untuk TikTok setiap hari.

“Tujuh bulan panjat puncak dekat Pulau Rawa, lima bulan naik jetski dekat Langkawi dan lapan hingga sembilan bulan kerja dekat pesta buku Alhamdulillah.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega serah semua aset kepada isteri pertama, Aisyah Hijanah bukan gila harta cuma fikir masa depan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syarikat kini milik Aisyah Hijanah, Alif Teega tak anggap isteri tamak tapi memang layak - “Sepatutnya buat sebelum poligami”

“Satu rahmat Allah, diberi kekuatan untuk Aisyah dan bayi. Suatu hari nanti, saya akan beritahu dia betapa hebatnya dia. Benar-benar seorang pejuang,” katanya.

Aisyah berkongsi perkara itu melalui sebuah hantaran di media sosialnya pada petang Rabu.

Dalam pada itu, Aisyah berkata sewaktu diberitahu oleh doktor bayinya bersaiz terlalu kecil, dia berasa bimbang namun tetap kuat demi anak dalam kandungan.

NP-3

Aliff dan Aisyah kini mempunyai tiga orang cahaya mata.

“Sebaik sahaja saya tahu saiznya terlalu kecil dan di bawah julat, saya benar-benar kecewa.

“Saya terus makan makanan yang sihat seberapa banyak yang saya boleh, mengimbangi kesihatan mental saya walaupun ia sangat sukar.

“Tapi Alhamdulillah saya ada ramai kawan dan keluarga yang sentiasa berikan sokongan. MasyaAllah Tabarakallah,” jelasnya

Untuk rekod, Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain