suria

Shuib mengaku cepat marah ketika bulan puasa, Watie doa suami jadi orang penyabar

size NP 1 (36)

PELAWAK dan usahawan Shuib Sepahtu berkata bulan Ramadan mengajarnya menjadi seorang yang penyabar dan tidak mudah marah.

Kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, perasaan cepat marah itu sering berlaku ketika dia berada dalam keadaan lapar dan terlalu penat.

"Saja nak kongsi hari ini (semalam) saya rasa puasa paling aman damai sebab puasa ni bukan sahaja menahan lapar dan dahaga itu biasa. Menahan perasaan marah lebih luar biasa.

size NP 1 (35)

Shuib kadang-kadang tak sengaja marah Watie.

"Bila perut lapar, cuaca panas, kita cepat marah. Sebenarnya saya bersyukur sangat hari ini tidak marah-marah.

"Sebab kadang-kadang terlepas marah dan selepas itu rasa menyesal," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory.

Dalam pada itu, Shuib juga berasa kasihan dengan isterinya iaitu Watie Hanifiah yang kadang-kadang menjadi mangsa amarahnya secara tidak sengaja.

Malah Shuib berharap dirinya kekal menjadi orang penyabar kerana baginya tiada keseronokkan daripada memarahi orang sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil pakai hijab selepas akil baligh, Shuib luah rasa bangga dengan Talita

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib menangis anak perempuan sudah akil baligh, doa Talita jadi wanita solehah

"Kalau cerita fasal marah ni memang berkait rapat dengan puasa sebab uji kita punya kemarahan, sebab saya memang ada masalah itu.

"Sebab bulan tak puasa tiada nak marah sangat, cuma bulan puasa ni habis orang sekeliling saya marah.

"Kadang-kadang yang kasihan tu dengan isteri pun saya marah. Benda kecil nak marah, kemudian hempas pintu.

"Harap esok dan hari seterusnya tak marah orang... tak seronok marah-marah orang ni," jelasnya.

Sementara itu, Watie juga sempat membalas Instastory suaminya itu dan mendokan supaya Shuib menjadi seorang yang penyabar sentiasa.

size NP 1 (86)

Hantaran Shuib dan Watie di Instastory mereka.

"Hahaha baru nampak story ni. Dia (Shuib) mengaku dalam story terus ya.

"Ya Allah Ya Tuhanku, semoga Kau jadikan suamiku seorang yang penyabar... Amin," katanya.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isterinya Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain