USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu meminta bantuan warganet memujuk dua isterinya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim dan Adira Suhaimi kembali ke pangkuannya. Adnan atau lebih mesra dengan sapaan Datuk Red memberitahu ketika ini dia sedang merajuk namun akan bergegas pulang sekiranya mendapat panggilan daripada dua isterinya itu. "Yang mana tengah tonton ini nanti komenlah dekat Instagram atau TikTok Adira cakap Datuk Red kirim salam. Begitu juga dengan Datin Red. Datuk Red memohon bantuan netizen di siaran langsung TikTok. "Cakap Datuk Red nak pujuk, hubungi atau mesejlah dia. Datuk Red tengah merajuk, jadi dia tak akan mesej. "Jadi korang mesejlah dia pujuk dia, memang laju saya balik! Saya tahu korang boleh tolong saya pujuk Adira dan Datin Red... Tolonglah pujuk mereka," katanya. Perkara itu diluahkan Adnan ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok. Dalam pada itu, Adnan memberitahu sudah tiga hari dia memakai baju dan seluar sama selepas ditegur netizen mengenai pakaiannya. ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa kena tipu beli tanah RM60,000 dengan Datuk Red, lelaki ini ‘menyirap’ kenang ibu keluar duit KWSP ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red tak pilih kerja, jadi pembantu di bazar Ramadan pun boleh... Mahu cari duit persiapan raya anak-anak Bagaimanapun katanya, selepas selesai sesi fotografi, dia akan membeli baju baharu untuk dipakai. "Baju saya pakai ini sudah tiga hari saya pakai, seluar pun sama. "Tengoklah ada rezeki selepas selesai kerja sesi fotografi, saya pergi cara baju baru," jelasnya. Pada Selasa lalu, Adnan ketika bercakap secara eksklusif kepada mStar mendedahkan dia diisytihar muflis sejak 2019 dan sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu. Sejak itu kata Adnan, isteri keduanya Adira terpaksa menanggung kehidupan keluarga memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Datuk Red rindu dengan Datin Red dan Adira. Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman. Manakala isteri pertamanya, Sharifah Norshafil atau Datin Red memfailkan perceraian pada penghujung Januari lalu. Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata. Hasil perkahwinan Adnan bersama isteri pertama, Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!