suria

Nama digugurkan tanpa alasan, hati Prince Shahid remuk tak dapat berlakon iklan raya... “Mulanya saya dipilih sebab asyik viral”

Syed kecewa namanya digugurkan tanpa alasan munasabah oleh sebuah syarikat produksi.

PERSONALITI media sosial, Prince Syed Shahid meluahkan rasa terkilan selepas namanya digugurkan sebagai salah seorang pelakon untuk iklan raya.

Terkejut menerima perkhabaran itu, Syed atau Syed Muhammad Shah Hasif, 32, berkata sehingga kini dia tidak mengetahui punca namanya digugurkan daripada projek berkenaan,

size NP 1 (89)

Syed dan isteri mengusahakan perniagaan laksa dan bakso.

"Sebenarnya saya dapat tawaran berlakon dengan satu produksi minggu lepas, saya dipilih berdasarkan saya punya populariti sebab saya asyik viral.

"Mereka dah siap bagi skrip dan watak pada saya. Tapi dua hari sebelum hari penggambaran nama saya digugurkan tanpa sebab yang kukuh.

"Saya pun secara jujurnya sebelum ni bekerja sebagai pegawai kerajaan, tapi dah berhenti. Jadi sekarang hanya mengharapkan pendapatan hasil jualan laksa, buat reviyu dan berlakon sahaja.

"Tiba-tiba bila jadi macam ini memang hati saya remuk, kenapa buang macam itu?" katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak bahagia pakai baju bernilai hampir 10k, TikToker dedah menderita sihir pemisah! Pelaku minta maaf selepas kantoi

ARTIKEL BERKAITAN: Puasa pun belum lagi tapi pasangan ini dah siap 30 pasang baju raya untuk keluarga

Syed juga memberitahu kesilapan terbesarnya adalah apabila tiada perjanjian hitam putih yang dibuat bersama pihak produksi berkenaan.

Bagaimanapun, Syed berkata asbab apa yang berlaku itu membuka matanya untuk lebih berhati-hati di masa hadapan.

"Kontrak hitam putih tiada sebab unsur kepercayaan antara satu sama lain, tidak mengapa apa yang jadi saya ambil iktibar.

"Kena ada perjanjian kontrak hitam putih yang sah selepas ini supaya perkara macamni tak berulang lagi pada saya," ujarnya.

hati saya remuk, kenapa buang macamtu je!

PRINCE SYED SHAHID

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Sementara itu, Syed berharap pihak produksi di luar sana tidak mengambil kesempatan terhadap pempengaruh seperti dirinya.

Ia kerana Syed berkata influencer juga seorang manusia yang perlukan pendapatan untuk meneruskan hidup bersama keluarga.

"Sebelum ni saya memang ada pengalaman berlakon, bukan sekali tapi dah banyak. Bila digugurkan nama macam itu tanpa alasan munasabah rasa macam tak boleh terima juga.

size NP 1 (88)

Syed pernah berlakon dalam beberapa drama dan telefilem.

"Apa yang boleh saya kata jangan buat influencer, artis macam ini sebab kadang-kadang kita tak tahu orang tu mengharapkan pekerjaan itu untuk keluarga mereka.

"Nak cari RM1 pun susah sekarang ni," jelasnya.

Untuk rekod Syed mendirikan rumahtangga bersama Fatin pada 30 November 2018 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syed Muhammad Nouis Jaeden El-Alawi, 5, serta Syarifah Haifa Urshia El-Zahrah yang kini berusia 1 tahun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain