suria

Hafidz Roshdi pertahan tak perlu hadir kes hadanah anak, sindir Shuhada digelar bodoh - “Biar benak ubi tapi betul”

Hafidz akui silap bezakan sebutan dan perbicaraan kes mahkamah.

PELAKON Hafidz Roshdi menegaskan tiada keperluan dia hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Isnin lalu seperti dibangkitkan bekas isterinya sebelum ini.

Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, menjelaskan ia disebabkan perbicaraan itu hanya melibatkan keputusan mahkamah menambah penama penjaga dua anak mereka yang difailkan Nurul Shuhada sebelum ini.

"Ya betul, keputusan kes tetapi ia adalah keputusan orang yang memohon sesuatu. anak guam memohon untuk menambah penama dalam hak penjagaan, jadi dialah kena hadir.

hafidz roshdi 2

Hafidz jawab sindiran Shuhada.

"Saya tidak perlu hadir. Saya dah lantik peguam. saya tidak hadir pun tak mencacatkan prosiding kes. Keputusan tetap dibaca sebab peguam dilantik hadir," jelasnya.

Hafidz menjelaskan kekeliruan tersebut di Instastory miliknya pada Khamis.

Pelakon itu secara sindir turut menjawab dipanggil bodoh oleh Shuhada kerana tidak tahu perbezaan antaran perbicaraan dan sebutan kes di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahulah tak pandai” - Shuhada minta Hafidz Roshdi jangan tunjuk bodoh, gagal beza sebutan dan perbicaraan kes mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak terlalu rindu Hafidz Roshdi, minta Shuhada belikan robot jadi bapa

Kata Hafidz, bersempena bulan Ramadan ini, seseorang bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga tetapi digalakkan berkata baik dan benar.

"Minta maaf, bulan puasa ini salah pula. Tak fasal-fasal kena bodoh benak ubi.

"Bulan puasa ini bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi kita juga digalakkan berkata baik dan benar. Maaflah, biar benak ubi tapi betul," ujarnya.

hafidz roshdi 3

Hafidz harap kes hadanah dapat diselesaikan segera.

Kenyataan itu dibuat Hafidz sebagai merujuk kepada kegagalan dia menghadirkan diri pada perbicaraan kes Hadanah interim dan kekal dua anak mereka di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Mac lalu.

Ketika ditemui media pada hari berkenaan, Shuhada memohon agar Hafidz memberi kerjasama agar proses perbicaraan mereka dapat dipercepatkan.

Menjelaskan hal berkenaan, Hafizd turut menegaskan dia juga mahu isu ini diselesaikan dengan segera.

"Perkara paling penting, saya tidak wajib hadir. Saya sendiri nak selesaikan kes ini segera," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain