USAHAWAN Madammu terpanggil untuk memberi sumbangan pakaian baharu buat golongan memerlukan bersempena kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi. Madammu atau Eriyca Baiduri, 34, berkata, dia terpanggil untuk berkongsi rezeki selepas tersentuh membaca berita mengenai mereka yang tidak berkemampuan membeli kelengkapan hari raya. "Baru-baru ini saya terbaca berita tentang ramai yang tidak dapat beli baju raya tahun ini dan tersentuh dengan kepayahan terpaksa dilalui mereka. Madammu akan menyediakan 1,000 helai pakaian untuk golongan wanita. "Saya terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan insan-insan memerelukan di luar sana," katanya. Madammu berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram miliknya pada Rabu. Susulan itu, Madammu memberitahu pihaknya akan menyediakan sebanyak 1,000 pasang pakaian baharu khusus buat golongan wanita yang tidak berkemampuan dalam masa terdekat. ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada plot twist, Madammu cuma bergurau beli semua ‘seat’ tonton wayang... Bosan sampai meremang bulu roma ARTIKEL BERKAITAN: Madammu disindir ‘Terpaling Pearl’, hanya pendapat peribadi mutiara tak sesuai digayakan dengan denim "Saya nak berikan secara percuma. Saya sediakan 1,000 pasang baju kepada mereka yang memerlukan. "Saya akan berada di butik Sabella untuk buat pilihan dan akan maklumkan bila tarikh pemberian itu. Saya akan buat dalam masa terdekat," katanya. Sementara itu, Madammu turut memohon agar tiada individu cuba mengambil kesempatan memandangkan usaha murni ini bertujuan bagi membantu mereka yang benar-benar berdepan masalah kewangan. Madammu berharap tiada pihak cuba mengambil kesempatan. "Kalau boleh saya tidak mahu ada yang cuba ambil kesempatan. Biarlah untuk mereka yang betul-betul memerlukan. "Kepada yang kenal golongan susah, boleh maklumkan kepada saya. "Saya juga tidak boleh nak buat penghantaran secara pos sebab masa sudah suntuk. Saya akan beritahu bila akan diedarkan," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!