PELAKON Datuk Adi Putra tidak terkejut dengan isu merampas suami atau isteri orang yang melibatkan selebriti tempatan sejak kebelakangan ini. Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 43, sebaliknya mendakwa ia bukan perkara baharu malah sejak dahulu lagi sudah wujud pelbagai kes serupa. Bezanya kata pelakon kelahiran Singapura ini, berita membabitkan salah laku selebriti lebih cepat tersebar disebabkan media sosial. "Saya rasa isu penyondol di set penggambaran bukan baru berlaku, semua orang pun tahu sejak 'azali' lagi sudah wujud isu seperti itu. Adi pegang pada prinsip bumi ini milik Allah SWT. "Cuma bezanya di era media sosial ini, maklumat tersebar dengan lebih cepat berbanding zaman dulu. "Bagi saya, itulah realiti hakikat dunia seni kita," katanya kepada mStar. Adi berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem pendek Elrah Exclusive yang diadakan baru-baru ini. Mengulas mengenai kes membabitkan penyanyi Aliff Aziz, Adi memberitahu sebagai orang luar dia tidak mempunyai hak memberikan pandangan tentang perkara membabitkan orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mat Kilau’ mengamuk... Adi Putra berang Kembara Studio gagal dihubungi, enggan sertai promosi filem di Jakarta ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sengketa antara Studio Kembara selesai, Adi Putra sudah bersemuka penerbit ‘Mat Kilau’ di Jakarta Sebaliknya kata Adi, hanya tuan badan sendiri yang lebih mengetahui tentang apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. "Saya tiada komen sebab masing-masing ada pilihan dan pandangan berbeza, hanya tuan punya badan sahaja yang tahu. "Saya tidak boleh menilai, hanya satu yang boleh menilai (Allah SWT) tapi satu perkara boleh saya cakap, bersempena bulan Ramadan ini, menutup aib lebih afdal," jelasnya. Saya sendiri pernah ditohmah suatu ketika dulu. DATUK ADI PUTRA PELAKON Sementara itu, Adi berpendapat netizen mempunyai hak memberi komen atau pandangan mengenai kontroversi atau isu seperti membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies. Adi yang turut pernah terpalit dengan kontroversi memberitahu sebaik-baiknya tohmahan yang dilemparkan dapat dijadikan sesuatu positif. "Saya sendiri pernah ditohmah suatu ketika dulu. Jadi tohmahan ini kena ambil dari sudut positif. "Saya pegang pada prinsip bahawa bumi ini bukan kita punya tapi milik Allah. Ambillah sesuatu perkara itu sebagai pengajaran," ujarnya. Adi pesan Aliff ambillah komen dari sudut positif. Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah. Untuk rekod, Adi dan isteri Datin Zuhaida Yusof mendirikan rumah tangga pada 2006 namun berpisah pada 2017 sebelum kembali bersama setahun kemudian. Pasangan ini mengambil dua orang anak angkat iaitu Zara Adelia Azzhara yang kedua-duanya berusia 12 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!