SELAIN berbakat besar sebagai penyanyi, Datuk Fazley Yaakob turut mempunyai bakat besar sebagai seorang cef sehingga melayakkannya memenangi program Masterchef Selebriti Malaysia pada 2012. Sejak itu, Fazley lebih banyak melibatkan diri dalam bidang berkaitan kulinari sehingga berjaya membuka restoran miliknya iaitu Suka Sucre. Tidak hanya itu, Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 46, turut menjalin kerjasama dengan pelbagai jenama gergasi yang melantiknya sebagai duta atau pun mencipta menu baharu. Sering menjadi pilihan sebagai duta, Fazley menyifatkan ia sebagai rezeki buat anak-anaknya dan bersyukur diberi kepercayaan mewakili sesuatu produk. Fazley menganggap rezeki diterima adalah untuk anak-anak. Katanya, dia sendiri sebagai cef memberitahu tidak mahu berada dalam lingkungan sama setiap masa sebaliknya meluaskan prospek kerjaya. "Alhamdulillah itu semua rezeki buat keluarga dan anak-anak dan memang dapat kepercayaan banyak jenama yang bukan sahaja berkaitan masakan tetapi makanan kucing pun ada! "Apabila orang asyik sebut nampak wajah saya maknya pemasaran yang dilakukan berjaya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob baru tahu Mawar Rashid, Raf berpisah melalui IG... Yakin adik buat keputusan secara matang ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob kongsi kereta tetamu ditoreh pisau, kejadian mistik ketika bersanding - “Pelbagai liku pedih, perit dan siksa” Dalam pada itu, Fazley memberitahu dia kini mengorak selangkah dalam karier apabila tampil bekerjasama menghasilkan koleksi wangian berasaskan bau-bauan pastri pertama di Malaysia. Berbeza dengan apa pernah dilakukan, Fazley memberitahu koleksi itu diilhamkan daripada aroma dan bau-bauan rempah yang sinonim dengan pembuatan pastri dalam bentuk wangian. "Saya terinspirasi oleh aroma pastri lembut dan manis, serta sentuhan bunga segar dan rempah harum yang sering digunakan dalam pastri berkualiti," katanya. Antara aroma yang dihasilkan termasuklah Parisian Macarons, Lemon Meringue Pie dan Vanilla Cream Puff. Fazley tampil dengan wangian dengan bau-bauan pastri. Sementara itu, pihak ENKÉ Malaysia memaklumkan pemilihan Fazley sebagai duta produk adalah tepat kerana pengalaman dan kejayaannya dalan industri makanan. Menurut pemiliknya, Rashidie Ramli berkata, Fazley memiliki reputasi dan karakter yang positif memudahkan lagi usaha kolaborasi ini. "Kejayaan Fazley dalam industri wangian dan makanan, menjadikannya pilihan yang tepat untuk menjadi duta kami. "Keperibadian Fazley yang rendah hati dan ikhlas dalam membantu usahawan menjadi nilai tambah kepada kerjasama ini," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!