suria

Mungkin tahun terakhir bergelar suami, Datuk Red hanya minta sambut raya bersama 2 isteri dan anak-anak

Datuk Red harap dapat selamatkan rumah tangganya.

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu berharap kedua-dua isterinya lembut hati dan membenarkan dia menyambut Aidilfitri bersama mereka dan anak-anak seperti tahun sebelum ini.

Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red, 46, berkata, sekiranya rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan, sekurang-kurangnya hari raya tahun ini dia dapat menyambut buat kali terakhir sebagai suami.

"Bagilah saya peluang berhari raya dengan anak-anak.

"Andai kata jodoh kami tak panjang bagilah peluang saya beraya dengan anak-anak dan kali terakhir sebagai suami," katanya.

anak anak

Datuk Red mahu beraya bersama anak-anak seperti tahun lalu.

Adnan berkongsi perkara itu semasa melakukan siaran langsung di TikTok miliknya.

Kata Adnan, dia juga berharap dapat meraikan hari raya dengan meriah dan bahagia bersama keluarga besarnya.

Selain ingin menganggap tiada masalah berlaku di dalam keluarga mereka ketika ini.

"Saya harap nak beraya macam suami isteri dan keluarga... Jangan tunjuk pada anak-anak. Anggap tiada apa yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red dah tak merajuk, pulang rumah isteri pertama selepas 5 hari bawa diri

ARTIKEL BERKAITAN: Fail cerai bukan sebab Datuk Red jatuh muflis, 18 tahun Datin Red kongsi kepayahan bersama suami

"Saya cuba tapi nampak dalam kertas macam ini tahun terakhir saya beraya sebagai suami," luahnya.

Dalam pada itu, dia memberitahu sengaja melewatkan kes penceraian dengan kedua-dua isterinya dengan harapan mereka berubah fikiran.

Namun dia juga seakan memahami tidak dapat memaksa dua isterinya iaitu Datin Seri Syarifah Nur Shafila Hassim dan Adira Suhaimi untuk terus kekal bersamanya.

"Kadang-kadang kita nak pertahankan tapi sebelah pihak tak nak... nak buat macam mana. Benda ini tak boleh nak paksa.

553 (6)

Datuk Red sentiasa menghargai bantuan Adira selama ini.

"Saya melambat-lambatkan kes sebab saya nak ambil masa agar kedua-dua mereka ini tarik semula.

"Kes saya dengan Adira paling hampir, hujung bulan empat masuk hakam bila sudah sampai situ saya memang tiada upaya... Macam tangan kena ikat.

"Kalau dengan Datin Red lambat sikit sebab dia buat permohonan lambat," jelasnya.

Pada 26 Mac lalu, Adnan ketika bercakap secara eksklusif kepada mStar mendedahkan dia diisytihar muflis sejak 2019 dan sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu.

Sejak itu, Adira terpaksa menanggung kehidupan keluarga memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap.

TOP red2 - 1

Sharifah failkan penceraikan pada penghujung Januari lalu.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.

Manakala Syarifah memfailkan perceraian pada penghujung Januari lalu.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan Adnan dan Syarifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain