suria

Video raya rupanya April Fool... Netizen tak terima gurauan biadab persenda agama, netizen mahu boikot produk Aliff Syukri

Aliff dikecam hebat netizen selepas didakwa mempersendakan agama.

SELEPAS teruk dikecam netizen, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri membuat pusingan U apabila memaklumkan dia tidak mengeluarkan sebarang lagu raya bersempena Aidilfitri tahun ini.

Sebaliknya kata Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, lagu berjudul Love Raya yang tular sebelum ini hanyalah guruan bersempena dengan sambutan April Fool pada 1 April.

"Lagu raya saya tahun ini tiada pun. Saya saja sakat korang semua, pada maka dan isteri saya, jangan marah ya!

size NP 1 - 2024-04-02T122846.698

Klip video raya 'Love Raya' hanya sekadar gurauan Aliff terhadap netizen.

"Kepada korang semua April Fool! Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Yang baik itu daripada Allah dan yang buruk daripada saya," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu melalui sebuah hantaran di Instagram miliknya pada pagi Selasa.

Bagaimanapun, ramai menyifatkan gurauan Aliff itu sebagai melampau dan mempersendakan agama Islam selain tidak menunjukkan rasa bersalah dengan tindakannya.

Malah ramai meluahkan rasa kecewa kerana Aliff sebagai seorang Muslim sendiri yang mempersendakan agama Islam sehingga menjadi bahan ketawa kaum dan agama lain.

Disebabkan itu ramai meluahkan hasrat memboikot semua produk keluaran usahawan itu sebagai pengajaran kepadanya mempersendakan agama dan kesucian bulan Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri buat hal lagi! Ibu kecewa tengok MV raya lelaki menari menggeletis, sedih 10 malam terakhir Ramadan dicemari

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri kecil hati, susah payah buat MV ‘Love Raya’ tapi kena kecam... Tampil mohon maaf, padam aksi penari menggeletis

"Pertamanya April Fool itu haram dalam Islam. Kedua, kau dah promo video mengundang fitnah dalam Islam dan bangsa.

"Ketiga kau seperti tak rasa bersalah langsung buat benda ini. Keempat ingat Allah nak tarik nikmat harta ini sekelip mata sahaja boleh hilang semuanya.

"Boikot produk Aliff Syukri! Bagi pengajaran supaya dia tidak mempersendakan agama dan kesuaian bulan Ramadan.

"Sekarang ini ramai orang mainkan agama sendiri, lebih sedih orang Islam sendiri yang buat. April Fool perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam di Sepanyol, Datuk sedar ke tak?," komen netizen.

size NP 1 - 2024-04-02T123002.492

Antara komen yang bengang dengan tindakan Aliff.

Susulan kecaman diterima, Aliff memuat naik video terbaharu memohon maaf dengan tindakannya sebelum ini.

Malah Aliff minta sesiapa sahaja yang menyimpan salinan video Love Raya untuk segera memadamnya dan menghentikan sebarang provokasi.

"Saya mohon yang ada video itu jangan memprovokasi benda ini dan saya minta kali kesepuluh. Tolong padam (video) itu daripada media sosial.

"Saya sedar itu khilaf saya. Lagu itu tak keluar hanya sekadar gurauan yang tidak disengajakan. Saya minta maaf banyak-banyak," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain