suria

Bekas isteri Shuk Sahar dituduh ‘sondol’ suami orang, netizen desak Rossa Sera tampil perjelas perkara sebenar

Sera diminta netizen untuk bersuara bagi mengelakkan fitnah.

TIADA angin tiada ribut, bekas isteri pelawak Shuk Sahar menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial ketika ini.

Ia susulan Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan suami isteri selepas seorang individu mendedahkan perkara itu di media sosial baru-baru ini.

Bagaikan tidak percaya dengan tuduhan tersebut, netizen mula menyerang Instagram Rossalennah atau Rossa Sera bagi mendapatkan kepastikan berhubung dakwaan yang timbul mengenainya.

WhatsApp Image 2024-04-02 at 12.16.17 PM

Antara komen netizen di Instagram milik Sera.

Mereka juga mendesak Rossa bersuara mengenai perkara tersebut bagi menjelaskan situasi sebenar selepas dia dilihat mendiamkan diri selepas dakwaan itu tular.

"Seriuslah Sera? Jernihkan keadaan cepat. Kau marah-marah orang penyondol, rupanya kau pun sondol suami orang.

"Kalau kau sondol lako orang juga, maknanya kau tiada bezanya Sera. Baik bersuara betul ke laki orang yang dikacau?

"Ambil laku orang pula ke?," komen netizen.

Sebelum ini, kecoh perkongsian seorang pengguna Instagram @Jannalis4_ yang mendakwa Sera menjadi orang ketiga dalam perkahwinan sepasangan suami isteri.

Dakwa pemilik akaun tersebut, sudah banyak peluang diberikan kepada Sera untuk berhenti menggangu lelaki tersebut namun Sera tetap meneruskan dengan alasan jejaka tersebut yang mencarinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar, Rossa Sera sah bercerai... Keputusan dicapai selepas pulang tunai umrah

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai bercerai, kau masih sia-siakan dia” - Rossa Sera bukan lagi isteri Shuk Sahar, bengang kena ‘provoke’ dengan wanita bernama Fara

"Memang betul, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

"Mereka masih lagi berhubung dibelakang isteri sah. Pada 24 Februari lalu, jaminan tadi hanyalah dusta dan semua itu hanya untuk menutup mata isteri sah.

"Percintaan Rossa Sera dengan suami orang bersambung di aplikasi game ya!

"Semalam (31 Mac) di hadapan isteri sah dan anak-anak, si suami memilih Rossa Sera berbanding isteri sah. Terima kasih Rossa Sera. Semoga Allah SWT sahaja membalas semua ini," tulisnya di Instastory.

Usaha mStar mendapatkan penjelasan Sera tentang dakwaan tersebut juga tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej yang dihantar tidak dijawab.

size NP 1 - 2024-04-02T135113.459

Sera sudah bertunang pada November tahun lalu.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 namun bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Pada November tahun lalu, Sera mengumumkan dia sudah bertunang namun status dan wajah lelaki tersebut tidak didedahkan.

Manakala Shuk pada bulan sama turut melangsungkan perkahwinan dengan Fara Salleh yang pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Sera.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain