ISTERI pelawak Shuk Sahar bukan dalang di sebalik penyebaran berita mendakwa Rossa Sera menganggu rumah tangga orang lain dan menjadi orang ketiga. Fara Salleh menjelaskan dia tidak ada kena mengena dengan pendedahan tersebut malah ada pihak menghantar mesej kepadanya bercerita mengenai isu tersebut. Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Fara atau memuat naik sebuah tangkap layar perbualan bersama seorang wanita yang mendedahkan suaminya curang dan menjalinkan hubungan bersama Sera. Fara menunjukkan mesej diterima di Instagram. "Ada orang DM (direct messege) saya tentang ini. Jadi akaun palsu itu bukan saya. Sebenarnya ramai dah tahu," jelasnya. Fara bagaimanapun memadam semula hantaran berkenaan selepas beberapa minit dimuat naik. Fara menjelaskan hal berkenaan selepas ramai menuduh dia dalang di sebalik pendedahan kisah suami orang yang bercinta dengan Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Shuk Sahar dituduh ‘sondol’ suami orang, netizen desak Rossa Sera tampil perjelas perkara sebenar ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Shuk Sahar dan Fara Salleh sudah nikah 4 bulan lalu Sebelum itu, Sera yang merupakan bekas isteri kepada Shuk menjadi bualan ramai selepas di didakwa menjadi 'penyondol' sehingga menyebabkan pergaduhan dalam rumah tangga sepasang suami isteri. Menerusi pendedahan menerusi Instagram @Jannalis4_, lelaki berkenaan dikatakan pernah datang ke rumah Sera dan perkara tersebut diketahui oleh isterinya sendiri. Pendedahkan tersebut juga mendakwa Sera telah diberi banyak peluang menamatkan hubungan terlarang itu namun memberi alasan jejaka itu datang mencarinya. Fara dan Shuk berkahwin pada November tahun lalu. Untuk rekod, Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 namun bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. Pada November tahun lalu, Sera mengumumkan dia sudah bertunang namun status dan wajah lelaki tersebut tidak didedahkan. Sementara itu, Shuk dan Fara pula sah bergelar suami isteri pada November tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!