suria

Suami Nadya Syahera bankrap, jual semua aset bayar hutang... Nasib ada motosikal EX5 buat hantar anak sekolah

Suami Nadya berkongsi pengalaman diisytihar muflis pada dua tahun lalu.

SUAMI pelakon pelakon Nadya Syahera mendedahkan motosikal jenis EX5 merupakan satu-satunya aset dimiliki selepas diisytiharkan muflis dua tahun lalu.

Fizul Nawi memberitahu selepas bankrap, dia bertindak menjual semua aset dimiliki bagi melangsaikan hutang mencecah ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun Fizul memberitahu dia bersyukur kerana motosikal tersebut masih ada untuk digunakan menghantar anak-anaknya ke sekolah.

"Saya buat keputusan untuk balik ke kampung dan kutip balik motosikal EX5 yang ada di sana.

Untitled design - 2024-03-30T123457.076

Fizul nekad untuk bangkit dan bekerja semula demi keluarga.

"Satu-satunya kenderaan yang saya ada, syukur boleh bawa dan hantar anak ke sekolah," katanya.

Fizul mendedahkan perkara itu menerusi Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Fizul memberitahu meskipun berdepan dugaan berat namun dia pilih bangkit dan nekad membebaskan diri dan keluarga daripada kemelut hutang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadya Syahera stres suami terlalu sibuk, rasa diri tidak dipedulikan... Sudahnya anak-anak jadi mangsa lepas geram

ARTIKEL BERKAITAN: Nadya Syahera selamat lahirkan anak ketiga, doktor syak ada jangkitan kuman dalam darah

Malah Fizul memberitahu dia bersama keluarga turut memilih berpindah ke kampung halamannya di Kelantan dari Kuala Lumpur bagi memulakan kembali kehidupan mereka.

Katanya, kos sara hidup lebih rendah di Kelantan membuatkan mereka pilih pindah ke Kelantan selain bercadang membuka sebuah kedai runcit.

"Saya dalam proses nak buka kedai runcit dan kedai sayur ala-ala kedai Acheh. Semoga saya dapat menyara keluarga dan bayar hutang.

"Anak-anak selesa sekolah dan tinggal di Kelantan, kos yang rendah di sini boleh buat otak tak tertekan berbanding di Kuala Lumpur," ujarnya.

Untitled design - 2024-03-30T123235.006

Fizul mengakui bersyukur kerana isterinya tetap sabar bertahan.

Semenetara itu, Fizul turut meluahkan rasa kasihan mengenangkan pengorbanan dan kesabaran isterinya bertahan selama ini.

Fizul turut menghargai pengorbanan dilakukan Nadya dan berharap dapat kembali membuatnya bahagia.

"Teringin nak tengok dia bahagia, terima kasih isteriku masih kuat bersabar dan bertahan dengan saya," katanya.

Untuk rekod, Nadya dan Fizul mendirikan rumah tangga pada September 2015 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aleena Rose, 9, Mohammad Dayyan, 8 dan Muhammad Barr Adam, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain