suria

Datin Red tak buli Adira, hantaran di IG tuju pada suami... “Kenapa dia nak terasa?”

Datin Red tampil perbetulkan salah faham di media sosial mengenai Instastory yang dimuat naiknya sebelum ini.

HANTARAN di Instagram yang dibuat isteri pertama usahawan Datuk Seri Adnan Abu tidak ditujukan kepada madunya iaitu penyanyi Adira Suhaimi.

Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim sebaliknya menegaskan hantaran yang dikongsikan pada Rabu lalu ditujukan kepada suaminya.

Jelas Sharifah atau Datin Red, hantaran itu dibuat bagi mengingatkan Adnan tentang pengorbanan pernah dilalui sejak mereka hidup bersama sebagai suami isteri.

size NP 1 - 2024-03-28T152528.194

Datin Red ulas isu Instastory yang dilakukannya itu ditujukan pada suaminya bukan Adira.

"Hantaran itu saya tujukan kepada suami saya. Kadang-kadang dia itu pelupa, kena ingatkan. Bukan nak cakap diri ini baik tapi dia sudah tua, cepat lupa.

"Pengorbanan saya selama 18 tahun sikit pun tak nampak.

"Hubungan saya dengan Adira okay sahaja. Saya tak sebut nama Adira, saya tak buli sesiapa dan kenapa dia nak terasa?," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira menangis tonton luahan suami, kakak bagi amaran kepada Datin Red... “Jangan buli adik saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup tertekan, Datuk Red jalan kaki dari rumah ke Pulau Pinang... Kenang jasa Adira banyak bantu

Sebelum ini, kakak kepada Adira iaitu Emma Suhaimi tampil membalas kenyataan ditulis Sharifah dengan alasan sudah tidak mampu menahan sabar dan enggan adiknya terus dibuli oleh madunya ketika isu kesusahan hidup suami mereka hangat diperkatakan.

Tambah Emma, Adira menangis selepas menonton rakaman temu bual mStar bersama Adnan kerana merasai kepayahan yang dilalui suaminya.

Malah Emma memberitahu dia bersedia untuk mempertahankan adiknya sekiranya berterusan diganggu.

Selasa lalu, Adnan ketika bercakap secara eksklusif kepada mStar mendedahkan dia diisytihar muflis sejak 2019 dan sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu.

Sejak itu, Adira terpaksa menanggung kehidupan keluarga memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap.

size NP 1 - 2024-03-28T152552.128

Kemelut rumah tangga Datuk Red dan isteri-isterinya hangat diperkatakan.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.

Manakala isteri pertamanya, Sharifah Norshafil atau Datin Red memfailkan perceraian pada penghujung Januari lalu.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan Adnan Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain