BEKAS pemain bola sepak kebangsaan yang juga penyampai radio Era FM Safee Sali terbuka untuk berbincang dengan bekas isterinya iaitu Fitria Elfina Maharip berhubung isu hak penjagaan anak-anak mereka. Safee, 40, berkata, dia mengutamakan emosi anak-anaknya dan segala proses melibatkan perkara tersebut haruslah dilakukan secara adil di mahkamah. "Saya terbuka untuk berbincang dan proses sulh masih boleh berjalan bila-bila masa. Kita ada proses undang-undang yang perlu dituruti. Lebih baik adakan perbincangan di hadapan hakim di mahkamah. Safee harap kes berkaitan hak penjagaan anak diselesaikan di mahkamah. "Saya hanya mahukan yang terbaik sekarang ini dna menjaga emosi anak-anak. Semoga kes ini berjalan dan selesai dengan baik," katanya kepada mStar. Safee berkongsi perkara itu ketika hadir ke majlis tayangan perdana program raya Astro yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu. Dalam pada itu, Safee berkata dia tidak dapat menghalang Fitria daripada terus mengeluarkan kenyataan berhubung isu rumah tangga mereka. Bagaimanapun besar harapannya agar Fitria tidak menceritakan masalah mereka secara terbuka dan menyelesaikan semua pertikaian di mahkamah. ARTIKEL BERKAITAN: Safee Sali, Fitria bercerai talak 2... Sebutan semula tuntutan nusyuz pada 30 April ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bekas isteri ke kondominium gagal jumpa 2 anak tapi terserempak Safee Sali bersama bini baharu - “Saya merayu, mereka buat tak tahu” "Saya tak boleh nak komen apabila dia beri kenyataan. Saya hanya boleh kawal diri sendiri sahaja. Apa pun saya hanya mohon diberi keampunan dan dibuka pintu hidayah sempena bulan Ramadan ini. "Bagi saya mahkamah adalah tempat terbaik untuk selesaikan kes. Sekarang ini kami hanya berhubung melalui peguam," jelasnya. Sementara itu, Safee menganggap isu melibatkan rumah tangganya sebagai ujian. Sekarang saya lebih utamakan anak-anak. Mereka dalam keadaan baik dan menjalani ibadah puasa seperti biasa SAFEE SALI BEKAS PEMAIN KEBANGSAAN Sebagai seorang bapa, dia juga mahu mempertahankan hak anak-anak dan memastikan mereka mendapat perlindungan terbaik. "Ini adalah ujian Allah. Dia beri peringatan dengan menjentik hati supaya ingat pada-Nya. Saya terima dan ambil dari sudut positif bahawa ada hikmah di sebalik semua ini. "Sekarang saya lebih utamakan anak-anak. Mereka dalam keadaan baik dan menjalani ibadah puasa seperti biasa," jelasnya. Fitria (kiri) dakwa Safee halang dia berjumpa anak. Pada 26 Mac lalu Safee dan Fitria sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. Sebelum ini juga kecoh apabila Fitria mendakwa Safee membawa lari anak-anak dan tidak dibenarkan berjumpa dengan mereka. Untuk rekod Safee dan Fitria berkahwin pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!