suria

Cium pakaian bapa sambil menangis, Mark Adam saksi pengorbanan isteri untuk keluarga mentua

Isteri Mark dilihat menangis sambil mencium baju arwah bapa.

REAKSI pilu isteri penyanyi Mark Adam ketika mengemas pakaian milik Allahyarham bapanya yang meninggal dunia pada 5 April lalu mengundang sebak netizen.

Isteri Mark iaitu Norazah Redzuan dilihat mencium satu persatu pakaian milik arwah bapanya iaitu Redzuan Abdul Malik sambil melinangkan air mata.

Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 45, memberitahu Norazah sebak apabila terjumpa kembali baju kegemaran bapa mentuanya.

Untitled design (56)

Mark membuat perkongsian video itu di Instagram miliknya.

Jelasnya, dia faham dengan perasaan sedih isterinya kerana menjadi saksi semua pengorbanan dilakukan Norazah buat kedua ibu bapanya sepanjang mereka berkahwin.

"Mengemas barang-barang abah jumpa baju melayu dan samping kegemaran abah.

"Selama ini semua benda yang dia buat hanya untuk mak dan abah dia, saya melihat segalanya dan akan akan terus berada disisi dia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua Mark Adam meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 20 tahun berkahwin, Mark Adam dan isteri sabar menanti rezeki zuriat... “Reda itu lebih baik”

Mark membuat perkongsian itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, netizen di ruangan komen turut bersedih dan mendoakan agar Mark dan isteri terus cekal dan kuat.

"Ambilah masa yang perlu untuk kuat semula, salam takziah kak.

Untitled design (57)

Ayah mentua Mark menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu.

"Ayah adalah cinta pertama seorang anak perempuan, semoga kak Ezan lebih kuat hadapi semua ini.

"Saya sendiri ambik masa 1 tahun untuk kemas barang arwah ayah saya, kak Ezan memang kuat," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain