MASALAH pemulihan suara tidak menghalang penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza merakamkan single baharunya berjudul Cinta Tak Mungkin. Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, menganggap ia sebagai satu peluang yang tidak patut disia-siakan kerana lagu itu turut terpilih menjadi drama runut bunyi Malang Si Puteri. "Sewaktu merakamkan single terbaharu ini, saya masih lagi dalam fasa pemulihan suara namun tidak menjadi masalah untuk saya melunaskan tanggungjawab yang diberikan. Siti berjaya luahkan perasaan melalui Cinta Tak Mungkin. "Saya gembira lagu ini turut diterima baik oleh penonton drama Malang Si Puteri yang sedang ditayangkan ini," katanya. Lagu Cinta Tak Mungkin ini dicipta oleh Farouk Roman dan liriknya pula oleh Adrianna Cinta. Menurut Siti, meskipun lagu berkenaan bukan tentang kisah hidupnya namun dia meluahkan perasaan lelah dan terpenjara sama seperti dilalui watak utama drama berkenaan. "Saya cuba bawa watak yang digarap dalam drama siaran itu dengan baik. ARTIKEL BERKAITAN: “Suka gosip tau”... Siti Nurhaliza ‘post’ gambar dengan Datuk K, minta jangan fikir bukan-bukan ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza ajak teman ‘shopping’, pemuda tak fikir panjang terus setuju! - “Dia bagi RM100, belanja makan di Lotteria” "Luahan perasaan lelah, terpenjara serta keperihan hidup diungkap menerusi emosi dalam lagu ini," jelasnya. Berkongsi pengalaman berkerja dengan Farouk Rahman, Siti memberitahu ini merupakan kerjasama kali kedua mereka. Malah dia selesa berkerjasama dengan Farouk kerana memberi kebebasan untuknya berkarya dengan cara tersendiri. “Farouk memang terkenal dengan penghasilan lagu runut bunyi dan saya percaya dengan sentuhan beliau. Siti gembira dapat bebas berkarya. "Selain itu Farouk juga memberikan kebebasan kepada saya untuk menyanyikan lagu tersebut dengan emosi saya sendiri setelah diperjelaskan mengenai jalan ceritanya. "Pertama kali diperdengarkan demo, lagu ini terus memikat hati saya," ujar Siti. Cinta Tak Mungkin merupakan pertaruhan terbaharu Siti dan dia juga berharap agar lagu ini akan diterima baik oleh seluruh peminat dan pencinta muzik tanah air. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!