suria

“Saya dipalau, dibuli” - Fara Fauzana benci Nana Mahazan, semua Akademi Fantasia punya fasal

Fara dan Nana kini merupakan sahabat baik.

PENYAMPAI radio Fara Fauzana pernah membenci Nana Mahazan ketika dia bergelar peserta musim pertama Akademi Fantasia (AF1) pada 2003.

Fara atau Fara Fauzana Mohd Fadzil, 44, mendedahkan perasaan tidak suka itu wujud apabila Nana menyanyikan lagu Halaman Cinta nyanyian asal Misha Omar pada minggu kelima konsert.

Kongsinya, dia tidak dapat menerima Nana gagal menyanyikan lagu kegemarannya itu dengan baik.

"Saya bukan tahap tidak suka, tapi rasa bencinya. Ketika itu saya merupakan skuad radio Era, belum jadi penyampai radio pun. Orang pun tak kenal saya lagi.

Nana (kiri) dan Fara (kanan) mengimbau saat mereka belum bersahabat baik.

Nana (kiri) dan Fara (kanan) mengimbau saat mereka belum bersahabat baik.

"Setiap minggu saya pergi menonton AF1. Ketika itu saya sudah berkawan dengan Misha. Itulah puncanya.

"Saya tak dapat terima Nana menyanyi lagu kegemaran saya iaitu Halaman Cinta. Dia tak perform sewaktu menyanyikan lagu tersebut," katanya.

Fara berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram milik Nana pada Ahad.

Dalam pada itu, Nana atau Nurul Hana Che Mahazan, 41, berkongsi, dia juga pernah dipulaukan oleh Fara sewaktu sama-sama berkerja di sebuah stesen radio swasta pada 2004.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat sebak Fara Fauzana menangis pilih cinta berbanding duit, doa segera jumpa jodoh terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Nana Mahazan penat asyik dituduh jual produk 'timbang kilo'

Kongsi Nana, ketika itu dia dan Fara serta tiga lagi penyampai radio berada di Bukit Bintang untuk sebuah program.

Fara bagaimanapun enggan bercakap dengan Nana dan membiarkan penyanyi berkenaan berjalan seorang diri tanpa teman.

"Nak dijadikan cerita, kami pula dijodohkan untuk bekerjasama dalam sebuah stesen radio yang sama.

"Saya pergi sesi uji bakat dan Alhamdulillah diterima. 5 Januari 2004, saya tidak akan pernah melupakan tarikh keramat itu.

Fara menyedari sikap membenci Nana adalah tindakan yang salah.

Fara menyedari sikap membenci Nana adalah tindakan yang salah.

"Saya dipalau, dipulau, dibuli oleh Fara. Waktu itu kami lima orang nak pergi fitting baju di Sungei Wang. Semua berjalan tinggalkan saya seorang... Tidak ada siapa nak bercakap dengan saya," ujarnya.

Pun begitu, Fara mula menyedari kelakuannya itu salah apabila pengurusnya iaitu Felisha menunjukkan kebencian secara terbuka dihadapan Nana.

Reaksi tenang yang ditunjukkan oleh Nana membuka hati Fara untuk membuang perasaan benci yang ada dalam hatinya.

"Apa yang mengubah persepsi saya terhadap Nana adalah apabila pengurus saya berterus terang memberitahu dia tidak suka dengan Nana.

nanaa - 1

Nana tidak pernah melenting biarpun menerima kecaman.

"Saya pun terus marah pengurus saya itu dan menegurnya untuk menghormati orang lain. Saya nampak Nana tenang sahaja tidak marah langsung.

"Waktu itu saya sedar dengan kemampuannya bertindak tenang walaupun ada orang yang tidak menyukai dirinya. Baru saya sedar apa yang saya buat kepada Nana itu perbuatan yang salah," katanya.

Untuk rekod, Nana merupakan peserta AF1 yang turut disertai oleh penyanyi Vincent Tan dan Khai.

Nana bagaimanapun tersingkir di konsert minggu ketujuh ketika membawakan lagu Desa Tercinta nyanyian Nora.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain